Khamis, 22 November 2018 | 10:41am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Peningkatan inventori AS tolak turun harga minyak

SINGAPURA: Harga minyak turun hari ini selepas inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) meningkat ke paras tertinggi sejak Disember 2017 di tengah-tengah kebimbangan lebihan bekalan global, sungguhpun jangkaan pengurangan bekalan oleh OPEC menghalang kejatuhan lanjut.

West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$53.38 satu tong pada 0141 GMT, 25 cent atau 0.5 peratus di bawah paras penutup sebelumnya.

Penghantaran bulan hadapan Brent pula berada pada AS$63.28 satu tong, turun 20 cent, atau 0.3 peratus, daripada penutup sebelumnya.

Inventori minyak mentah komersial AS menokok sebanyak 4.9 juta tong kepada 446.91 juta tong minggu lalu, demikian menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) dalam laporan mingguan. Ia adalah paras tertinggi sejak Disember tahun lalu.

Pengeluaran minyak mentah AS kekal pada rekod 11.7 juta tong sehari, kata EIA. - Reuters

Berita Harian X