Rabu, 7 November 2018 | 4:14pm
KUALA LUMPUR 06 JUN 2018. Logo Bank Negara. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim telah meletakkan jawatan selepas dua tahun berkhidmat. NSTP/ASYRAF HAMZAH
KUALA LUMPUR 06 JUN 2018. Logo Bank Negara. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim telah meletakkan jawatan selepas dua tahun berkhidmat. NSTP/ASYRAF HAMZAH

BNM dijangka kekal kadar faedah

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan penanda aras kadar faedah penanda aras pada minggu ini, dengan ekonomi negara berdepan fiskal defisit yang semakin melebar dan pertumbuhan lebih perlahan, demikian menurut kajian Reuters.

Reuters menjangkakan BNM akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.25 peratus.

Standard Chartered, dalam satu nota, berkata bank pusat itu mungkin perlu merancang penurunan pada masa akan datang, jika pertumbuhan terjejas dengan ketara disebabkan rancangan kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan awam.

“Pertumbuhan setakat ini, walaupun perlahan, adalah masih memberangsangkan dengan disokong oleh perbelanjaan pengguna dan pertumbuhan pinjaman,” kata bank itu.

Kali terakhir BNM menyemak turun kadar faedah adalah pada Julai 2018, apabila ia diturunkan kepada tiga peratus di tengah-tengah pertumbuhan yang lemah dan ketidaktentuan berhubung Brexit.

Malaysia menaikkan kadar utama sebanyak 25 mata asas pada Januari untuk mengimbangi dasar monetari selepas ekonomi mencatatkan pertumbuhan kukuh pada tiga suku pertama 2017.

Kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengunjurkan pertumbuhan sebanyak 4.8 peratus tahun ini, dan meningkat sedikit kepada 4.9 peratus pada 2019.

Pentadbiran kerajaan dahulu mensasarkan pertumbuhan dalam lingkungan 5.5 hingga 6.0 peratus tahun ini.

Kerajaan baharu juga meramalkan defisit fiskal akan mencecah 3.7 peratus untuk 2018, paras tertinggi sejak 2013, berbanding 2.8 peratus yang diunjur kerajaan dahulu.

Kerajaan juga menjangkakan ia akan menurun sedikit kepada 3.4 peratus pada 2019.

Selain pertumbuhan ekonomi, BNM juga perlu mengambil kira sentimen pelabur kerana potongan kadar mampu mencetuskan aliran keluar modal, kata RAM Ratings.

Dalam satu nota, HSBC berkata, lebihan akaun semasa juga memberi ruang kepada BNM untuk mengekalkan pendirian dasar walaupun kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

“Penyusutan inflasi mendadak dari perubahan cukai atau pergerakan pertumbuhan tahun lalu akan mungkin tidak akan mengubah pendirian dasar BNM pada masa ini,” katanya.

Inflasi menyusut tahun ini apabila kerajaan menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta mengenalkan semula subsidi minyak bagi memenuhi manifesto pilihan raya.

Inflasi 2018 diunjur pada 1.5 hingga 2.5 peratus, sebelum meningkat kepada 2.5 hingga 3.5 peratus pada 2019.

-Reuters

Berita Harian X