Rabu, 17 Oktober 2018 | 3:39pm
Duta Besar Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Maria Castillo Fernandez (kiri) dengan Menteri Perusahaan Utama, Teresa Kok, Menteri Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin, Timbalan Menteri Tenaga Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah dan Pengarah RSPO Global Outreach and Engagement, Stefano Savi ketika melawat pameran EU-Malaysia semasa Pameran dan Persidangan Produk dan Persidangan Antarabangsa Greentech dan Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.- Foto Nurul Syazana Rose Razman

Penyelidik kerajaan ditempatkan di sektor swasta tahun depan

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTACC) merancang menempatkan sebahagian tenaga penyelidiknya ke sektor swasta bermula tahun depan.

Menterinya, Yeo Bee Yin, berkata langkah itu bertujuan memberi pendedahan kepada penyelidik kerajaan dalam sektor swasta dan industri.

Katanya, segala perbelanjaan termasuk gaji dan elaun penyelidik kerajaan akan dtanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

“Di MESTACC, ada banyak agensi penyelidikan dan kita ada banyak penyelidik yang sangat berbakat tetapi kadang kala penyelidikan yang dibuat tidak bermanfaat kepada industri.

“Kerana itu kita mahu melaksakan inisiatif ini dan ia akan dimulakan tahun depan. Kita akan laksanakan program padanan dengan penyelidik yang berminat boleh memohon.

“Kita juga akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan kerana mereka juga mempunyai ramai penyelidik untuk turut sama dalam inisiatif ini,” katanya pada majlis pelancaran Pelan Hala Tuju Malaysia Ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 di sini, hari ini.

Katanya, inisiatif itu adalah fasa pertama dan untuk fasa kedua, pihaknya akan melihat untuk bekerja lebih rapat dengan industri serta penyelidik dari kementerian atau kerajaan.

Berita Harian X