Selasa, 21 Ogos 2018 | 7:49am
<p>A trader on the floor of the New York Stock Exchange watches the stock market drop on his screen shortly before the closing bell in New York, U.S., April 6, 2018. REUTERS/Lucas Jackson</p>
<p>A trader on the floor of the New York Stock Exchange watches the stock market drop on his screen shortly before the closing bell in New York, U.S., April 6, 2018. REUTERS/Lucas Jackson</p>

Wall Street menokok

NEW YORK: Indeks utama di Wall Street menokok disebabkan keyakinan berkaitan rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, sungguhpun ia susut daripada paras tertinggi sesi selepas Presiden Donald Trump mengkritik Rizab Persekutuan kerana menaikkan kadar faedah.

Saham AS bergerak lebih rendah 10 minit terakhir selepas Trump, dalam satu temubual dengan Reuters, berkata beliau "tidak teruja" dengan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell dan menuduh China dan Eropah memanipulasi mata wang masing-masing.

Bagaimanapun, harga saham mengekalkan kenaikan sebelumnya, berikutan rundingan antara AS dan China yang dijadualkan lewat minggu ini memberikan lonjakan kepada sektor perindustrian yang sensitif kepada perdagangan.

Dow Jones Industrial Average menokok 89.37 mata, atau 0.35 peratus, kepada 25,758.69.

S&P 500 naik 6.92 mata, atau 0.24 peratus, kepada 2,857.05.

Nasdaq Composite menambah 4.68 mata, atau 0.06 peratus, kepada 7,821.01.

Sejumlah 5.31 bilion saham bertukar tangan berbanding 6.53 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X