X
Khamis, 2 Ogos 2018 | 8:19pm
SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo. - Foto AFP
SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo. - Foto AFP

Perang dagangan: Kerajaan dengar fakta Setiausaha Negara AS

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mendengar fakta daripada Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo mengenai perang perdagangan AS-China semasa lawatannya ke Malaysia, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking.

"Kita tunggu apa yang akan beliau (Pompeo) perkatakan. Biar dia berurusan dengan kerajaan kita dan memberikan maklumat terkini kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai penyelesaiannya (perang perdagangan). Kami akan mendengarnya, selain China.

"AS ialah rakan dagang ketiga terbesar kita dan sudah pasti kita bimbang terhdap apa yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Malaysian Industrial Development Finance Bhd dan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd di sini, hari ini.

Darell berkata perang perdagangan bukan sahaja memberi kesan kepada Malaysia, bahkan kepada lain-lain negara.

"Dan kita mengendalikan (kesannya) berdasarkan cara kita sendiri. Buat masa ini, serahkan kepada kedua-dua negara berkenaan untuk menyelesaikan masalah mereka, dan kita terus bergerak ke hadapan," katanya.

Pompeo kini dalam lawatan kerja dua hari ke Malaysia, mulai hari ini, dan dijadual bertemu Dr Mahathir pada Jumaat. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X