Selasa, 17 Julai 2018 | 3:02pm
WAN Kamaruzaman Wan Ahmad. - Foto Mohd Yusni Ariffin
WAN Kamaruzaman Wan Ahmad. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Pelaburan KWAP dalam ESG cecah RM3.8 bilion

KUALA LUMPUR: Porfolio pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP dalam pelaburan berlandaskan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) kini berjumlah RM3.8 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad, pihaknya akan terus meningkatkan portfolio pelaburannya dalam ESG memandangkan ia mampu menjana pulangan yang kukuh pada masa depan.

Beliau berkata, setakat ini, pelaburan pengurus dana pencen itu dalam ESG mencatatkan pulangan yang baik dan positif meskipun berdepan persekitaran pasaran yang tidak menentu.

"Kami memulakan pelaburan dalam ESG pada Disember 2014 dengan dana permulaan RM1 bilion. Setakat ini, enam pengurus dana diberi mandat untuk menguruskan portfolio ESG kami," katanya pada sidang media sempena "KWAP Inspire: Environmental Conference 2018," di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Pelaburan KWAP, Nik Amlizan Mohamed dan Pengarah Jabatan Strategi dan Prestasi Korporat KWAP, Ismail Zakaria.

Berita Harian X