Khamis, 26 April 2018 | 10:40am

Rekod untung sukuan tertinggi

SEOUL: Samsung Electronics Co Ltd mencatat rekod keuntungan sukuan tertinggi, sebagaimana dijangkakan, untuk tempoh tiga bulan berakhir Mac, diterajui permintaan kukuh cip memori.

Keuntungan operasi pengeluar cip terbesar dunia itu berjumlah 15.6 trilion won (AS$14.4 bilion) pada suku kewangan pertama itu, naik 58 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Ia selari anggaran 15.6 trilion won yang diunjurkan syarikat itu sebelum ini.

Pendapatan syarikat dalam suku dikaji melonjak 19.8 peratus kepada 60.6 trilion won, juga selari anggaran sebelum ini.

Ia berkata, kelemahan dalam pasaran telefon pintar global dijangka memperlahankan pertumbuhan pendapatan.

Menurut firma penyelidikan pasaran GfK, permintaan telefon pintar global turun dua peratus kepada 347 juta unit pada suku pertama 2018.

Permintaan menyusut, terutamanya di China dan Amerika Utara, katanya. - Reuters

Berita Harian X