Isnin, 23 April 2018 | 11:18am
DATUK Wan Kamaruzaman Wan Ahmad bercakap pada taklimat media berhubung prestasi kewangan KWAP di Kuala Lumpur. - Foto
DATUK Wan Kamaruzaman Wan Ahmad bercakap pada taklimat media berhubung prestasi kewangan KWAP di Kuala Lumpur. - Foto

KWAP raih pendapatan tertinggi RM9.03 bilion

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP mencatatkan prestasi pelaburan yang memberangsangkan dengan pendapatan kasar RM9.03 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

Ia adalah jumlah pendapatan kasar tertinggi sejak 2007.

Jumlah saiz dananya meningkat kepada RM140.80 bilion berbanding RM125 bilion tahun sebelumnya.

Dalam tempoh itu, jumlah pulangan pelaburan (ROI) kasar meningkat kepada 5.77 peratus, meningkat 0.42 peratus berbanding 5.35 peratus tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad, berkata dalam 10 tahun, pengurus dana persaraan kedua terbesar di Malaysia itu mencatatkan purata pertumbuhan 12.98 peratus setahun, dengan pendapatan pelaburan terus menjadi penyumbang terbesar kepada pertumbuhan aset.

Beliau berkata, pada 2017, pendapatan pelaburan menyumbang 69 peratus, sumbangan majikan 27 peratus dan bahagian daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak empat peratus.

Beliau berkata demikian pada taklimat media berhubung prestasi kewangan KWAP pada 2017, di sini, hari ini.

Berita Harian X