Khamis, 5 April 2018 | 9:08pm
(DARI kiri) Pengarah Urusan REV Asia Bhd, Voon Tze Khay; Pengarah Urusan Media Prima Bhd (MPB), Datuk Kamal Khalid dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali pada majlis pelancaran 8coin di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
(DARI kiri) Pengarah Urusan REV Asia Bhd, Voon Tze Khay; Pengarah Urusan Media Prima Bhd (MPB), Datuk Kamal Khalid dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali pada majlis pelancaran 8coin di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

8coin tawar ganjaran kepada pengguna

KUALA LUMPUR: Media Prima Labs (MPLabs) dan REV Asia Bhd melancarkan laman sesawang ganjaran yang diberi nafas baharu serta aplikasi mudah alih 8coin yang menawarkan ganjaran kepada pengguna dengan hanya berkongsi kandungan yang terdapat di platform itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali, berkata 8coin berfungsi sebagai platform untuk pengguna mendapatkan ganjaran dengan berkongsi kandungan menarik di media sosial mereka.

Katanya, sejak diperkenalkan pada 2010 dengan menggunakan nama 8share, komuniti platform itu sudahpun menerima ganjaran melebihi RM8 juta.

"Kini ia mempunyai komuniti terdiri daripada 770,000 pengguna media sosial di seluruh negara.

"Kami yakin dapat meningkatkan jumlah pengguna aplikasi mudah alih itu. Sasaran kami adalah untuk mencecah angka juta bagi pengguna 8coin," katanya pada majlis pelancaran 8coin, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Urusan Media Prima Bhd (MPB), Datuk Kamal Khalid dan Pengarah Urusan REV Asia Bhd, Voon Tze Khay.

Rafiq berkata, 8coin dibangunkan sebagai platform ganjaran bersepadu bagi Media Prima untuk memastikan semua platform mempunyai akses kepada komuniti 8coin.

"Dalam aplikasi mudah alih dan laman sesawang 8coin yang telah diubahsuai ini, pengguna diberi pilihan untuk sama ada mendapatkan ganjaran wang tunai atau menebus pelbgai barangan menarik.

"Kami berharap ini dapat menperkukuh hubungan antara pihak Media Prima dab pengguna 8coin," katanya.

Orang ramai boleh memuat naik 8coin menerusi Apple App Store dan Google Play Store atau mengakses laman sesawang menerusi pautan https://8coin.my/.

Berita Harian X