Jumaat, 2 March 2018 | 12:50pm

Lebihan dagangan Malaysia diunjur meningkat RM7.8 bilion

KUALA LUMPUR: Moody's Analytics mengunjurkan lebihan perdagangan bulanan Malaysia dijangka meningkat pada Januari kepada RM7.8 bilion berbanding RM7.2 bilion pada Disember lalu.

Dalam Asia-Pacific Economic Preview: 5-9 Mac yang dikeluarkan hari ini, Moody's Analytics mengunjurkan pertumbuhan eksport tahunan Malaysia dijangka meningkat berbanding pada Disember, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.

"Kami menjangka penghantaran teknologi akan terus positif dengan permintaan pengguna yang kukuh. Satu lagi yang positif adalah minyak sawit, yang menghadapi kesukaran pada Disember.

"Pemulihan dijangka pada suku tahun pertama, susulan Malaysitelah menggantung duti eksport ke atas minyak sawit mentah," katanya.

-BERNAMA

Berita Harian X