Isnin, 2 Oktober 2017 | 4:17pm
KETUA Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad. - Foto fail NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
KETUA Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad. - Foto fail NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Pertingkat pelaburan dalam syarikat teknologi

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP akan meningkatkan pelaburannya dalam syarikat teknologi tempatan dan global yang berpotensi memberi pulangan lumayan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad, berkata buat masa ini, pengurus dana pencen itu sudah melabur kira-kira AS$70 juta dalam syarikat berkaitan teknologi termasuk Uber Technologies Inc.

Beliau berkata, buat masa ini, pelaburan KWAP dalam syarikat teknologi masih rendah.

"Kami memperuntukkan satu peratus daripada jumlah aset untuk dilaburkan dalam syarikat teknologi.

"Ketika ini, aset kami berjumlah lebih RM100 bilion," katanya ketika ditemui pada Forum Khazanah Megatrends 2017 di sini, hari ini.

Wan Kamaruzaman berkata, buat masa ini, peruntukan pelaburan sebanyak satu peratus daripada jumlah aset dianggap ideal untuk pengurus dana pencen itu.

Berita Harian X