Khamis, 27 Julai 2017 | 4:46pm

Tanda kekukuhan ekonomi

KUALA LUMPUR: Peningkatan perdagangan Malaysia dengan dunia menunjukkan ekonomi negara berdaya tahan ketika peringkat global sedang mengalami kelembapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros, berkata ia dibuktikan melalui peningkatan jumlah dagangan negara dengan negara luar meningkat sebanyak 1.5 peratus pada tahun lalu.

Beliau berkata nilai dagangan pada 2016 mencatatkan RM1.48 trilion berbanding RM87.26 bilion (2015).

"Perangkaan ini mencerminkan potensi perdagangan Malaysia yang kukuh.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Dr. Mohd Shahreen Zainooreen Madros. - Foto NSTP/Muhd Zaaba Zakeria
Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Dr. Mohd Shahreen Zainooreen Madros. - Foto NSTP/Muhd Zaaba Zakeria

"Eksport jentera menjadi dagangan utama iaitu, 4.8 peratus daripada jumlah eksport keseluruhan dengan nilai RM37.68 bilion. Sementara, import jentera meningkat sekali ganda kepada 9.3 peratus daripada tahun sebelumnya, dengan nilai dagangan RM65.05 juta.

"Destinasi eksport utama adalah India, Indonesia, Taiwan, Jepun dan Vietnam. Sumber import utama membabitkan China, Amerika Syarikat dan Jerman," katanya berucap pada Majlis Perasmian Pameran Jentera Antarabangsa Malaysia ke-28 (MIMF) 2017, di sini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Lee Chee Leong ; Pengerusi Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA), Datuk Moehamad Izat Emir dan penganjur MIMF dan Pengarah Urusan ES Event Management Sdn Bhd, Datuk Chong Chong Tik.

Sementara itu, Chong Tik menjangkakan pulangan jualan dagangan RM12 juta (AS$3 juta) pada pameran membabitkan 600 pempamer tempatan dan luar negara, tahun ini.

Katanya, pengunjung akan menggunakan acara ini sebagai platform menimba pengetahuan kerana, tawaran perniagaan berlaku pada hari akhir.

"Acara ini berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini kita akan tahu pada hari akhir. Pada pameran kali ini sebanyak 430 syarikat dari China, Taiwan, Inidia, Jepun, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Amerika Syarikat," katanya.

Berita Harian X