Khamis, 14 Julai 2022 | 1:27pm

Honda HR-V baharu diperkenal, harga bermula RM114,800

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia melancarkan model serba baharu HR-V ke pasaran Malaysia yang kini didatangkan dengan penggayaan luar biasa, sistem janaan kuasa canggih serta ciri inovatif namun masih .

HR-V adalah model paling laris bagi Honda dan telah mencipta segmen baharu dalam pasaran sejak diperkenalkan pada 2015.

HR-V serba baharu ditawarkan dengn empat varian iaitu 1.5L S yang dijual pada harga atas tanpa insurans bermula RM114,800, 1.5T E pada RM129,800, 1.5T V pula pada RM134,800 dan varian paling berteknologi, 1.5L e:HEV RS pada RM140,800.

HR-V serba baharu ini juga terus meletakkan tanda aras yang lebih tinggi bagi segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak dengan pengenalan tiga pilihan sistem janaan kuasa termasuk e:HEV.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, berkata pilihan sistem janaan kuasa itu, e:HEV yang pertama kali diperkenalkan untuk City dan City Hatchback telah menerima sambutan menggalakkan daripada pasaran.

Justeru, katanya bagi HR-V, pilihan RS serba baharu diperkenalkan bagi memenuhi keperluan pelanggan yang mementingkan kecekapan sistem janaan hibrid dalam sebuah SUV kompak.

"Sistem 1.5L e:HEV dengan 2-motor memberikan 131PS kuasa dan 253Nm tork. Sistem hibrid 2-motor Honda yang unik menyelaras ant

"HR-V serba baharu adalah model bukan nasional pertama menawarkan enjin pengecas turbo yang menghasilkan kuasa sebanyak 181PS dan 240Nm tork bagi pemanduan yang lebih responsif serta mengujakan," katanya selepas pelancaran HR-V serba baharu di sini, hari ini.

Varian RS, V dan E akan ditawarkan dengan pilihan mod pemanduan NORMAL, SPORT dan ECON, yang boleh ditukar dengan mudah melalui Drive Mode Selector.

Varian S pula dilengkapi enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menjanakan kuasa sebanyak 121PS dengan tork maksimum 145Nm.

Mengulas lanjut, Yoshimura berkata, sejak dibuka untuk tempahan, HR-V serba baharu telah menerima sambutan positif daripada orang ramai, dengan lebih 20,000 tempahan diterima dan dijangka meningkat sebanyak 1,600 unit setiap bulan.

Beliau berkata, berdasarkan maklum balas menggalakkan dan permintaan tinggi terhadap model baharu itu, tempoh menunggu bagi HR-V serba baharu akan mengambil masa selama 12 bulan.

Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada ketersediaan varian yang ada, namun Honda Malaysia sedang mengambil langkah terbaik untuk menyerahkan kereta baharu pelanggan secepat mungkin.

"Selain itu, lanjutan tempoh bagi pengecualian cukai jualan oleh kerajaan telah melonjakkan lagi jualan kenderaan Honda.

"Bagi separuh pertama 2022, Honda Malaysia menerima tempahan sebanyak 105,000 unit dengan 50,000 unit direkodkan pada Jun 2022.

"Bagi prestasi enam bulan akan datang, kami masih perlu melihat kepada data bulan ini," katanya.

Pelancaran Honda HRV baharu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - NSTP/Owee Ah Chun
Pelancaran Honda HRV baharu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - NSTP/Owee Ah Chun
Pelancaran Honda HRV baharu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - NSTP/Owee Ah Chun
Pelancaran Honda HRV baharu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - NSTP/Owee Ah Chun
Berita Harian X