Khamis, 26 Mei 2022 | 6:10pm
AirAsia Thailand
AirAsia Thailand

AirAsia Thailand terbang terus dari Suvarnabhumi ke Malaysia

KUALA LUMPUR: AirAsia Thailand melancarkan laluan antarabangsa pertamanya dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Thailand, menjadikan ia satu-satunya syarikat penerbangan tambang murah dengan penerbangan terus ke dan dari lapangan terbang itu dengan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Thailand, Santisuk Klongchaiya berkata pangkalan penerbangan itu diterima dengan baik dan laluan operasi bermula Jun ini dua kali sehari.

"Laluan antarabangsa pertama kami dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi adalah perkembangan positif dan menarik, terutama kerana ia adalah laluan popular," katanya dalam satu kenyataan hari ini, sambil menambah bahawa lapangan terbang itu merupakan hab transit utama.

Pelancong kini boleh memilih untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, yang mengendalikan penerbangan tiga kali sehari ke Malaysia, atau Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi.

Pengembara yang divaksin sepenuhnya antara Thailand dan Malaysia juga tidak perlu lagi mengemukakan keputusan ujian COVID-19 atau menjalani kuarantin semasa ketibaan.

-BERNAMA

Berita Harian X