Khamis, 14 April 2022 | 4:02pm
Gambar fail. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Super App, Amanda Woo. - NSTP/ AZIAH AZMEE
Gambar fail. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Super App, Amanda Woo. - NSTP/ AZIAH AZMEE

Airasia Super App, Trip.com jalin kerjasama

KUALA LUMPUR: AirAsia Super App hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan Trip.com, antara ejen pelancongan dalam talian terkemuka di dunia serta jenama di bawah Kumpulan Trip.com, bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu ejen pelancongan dalam talian (OTA) terkemuka di ASEAN.

Malah, kerjasama membabitkan dua penggiat pengembaraan/pelancongan terkemuka itu akan membolehkan Super App mendapat akses kepada tambahan lebih 1.2 juta hotel dari serata 200 negara dan rantau dalam senarai inventorinya serta memberi lebih banyak pilihan kepada pengembara untuk melengkapkan lagi rancangan perjalanan atau pengembaraan masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Super App, Amanda Woo, berkata menerusi kerjasama itu, AirAsia Super App sebagai OTA akan lebih ketara menerusi kekukuhan Trip.com dalam inovasi teknologi industri pengembaraan.

"Selain itu, kerjasama ini dapat mengukuhkan ekosistem pengembaraan kami. Malah, kami berharap dapat memberi pengguna sedia ada dan baharu Super App dengan lebih banyak tawaran perjalanan menarik susulan kerjasama dengan Trip.com," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan Penerbangan Kumpulan Trip.com, Yudong Tan, berkata gabungan kehebatan dan khalayak AirAsia dan Trip.com yang meluas, dapat memberi pengembara dengan lebih 1.2 juta pilihan penginapan tambahan menerusi saluran AirAsia Super App.

– Bernama

Berita Harian X