X
Isnin, 11 April 2022 | 1:49pm
Syarikat penerbangan Firefly
Syarikat penerbangan Firefly

Firefly mulakan semula laluan Pulau Pinang-Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Syarikat penerbangan Firefly memulakan kembali penerbangan yang menghubungkan Pulau Pinang-Johor Bahru hari ini, selepas perkhidmatan itu dihentikan sementara pada tahun lalu.

Penerbangan pertama menggunakan pesawat Malaysia Airlines Boeing 737-800 yang membawa 98 penumpang itu berlepas dari Pulau Pinang pada 7.15 pagi tiba di Johor Bahru pada 8.30 pagi, disambut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd, Kennedy Ayu dan Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Muhammad Nasir Pahmi.

Firefly menerusi kenyataan di sini menjelaskan laluan penerbangan ke Johor Bahru dijangka dapat merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri itu.

"Selain Pulau Pinang-Johor Bharu, hari ini juga ada penerbangan sulung Firefly dari Pulau Pinang ke Kuching dan Kota Kinabalu.

"Firefly kini menawarkan 30 peratus diskaun untuk tempahan penerbangan domestik sehingga 17 April ini bagi tempoh perjalanan sehingga Oktober 2022," menurutnya.

-BERNAMA

Berita Harian X