Rabu, 2 Februari 2022 | 1:32pm
Top Glove Corporation Bhd
Top Glove Corporation Bhd

Top Glove diiktiraf sebagai penggerak industri

KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd mengumumkan kemasukan kali pertamanya dengan pengiktirafan Penggerak Industri dalam buku tahunan 'Sustainability Yearbook 2022' oleh S&P Global.

Syarikat itu adalah satu daripada 53 Penggerak Industri yang diiktiraf dalam buku tahunan berkenaan.

"Kami melihat kemasukan syarikat ini dalam senarai 'Sustainability Yearbook 2022' oleh S&P Global sebagai satu pencapaian penting dalam usaha Top Glove untuk menjadi suara utama dalam industri pembuatan penjagaan kesihatan dari segi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG)," kata Pengarah Urusannya, Datuk Lee Kim Meow dalam satu kenyataan.

Buku tahunan itu adalah satu daripada penerbitan paling komprehensif di dunia yang menyediakan analisis mendalam mengenai kemampanan korporat.

Ia berdasarkan kepada syarikat dalam pelbagai industri yang dinilai dalam Penilaian Kemampanan Korporat Global S&P (CSA), yang merupakan asas bagi Skor ESG S&P Global.

Skor ESG itu juga adalah asas bagi kemasukan ke dalam Indeks Kemampanan Dow Jones (DJSI).

-BERNAMA

Berita Harian X