Rabu, 19 Januari 2022 | 8:26pm
Nestcon Bhd
Nestcon Bhd

Nestcon dapat kontrak pembinaan RM188.5 juta

KUALA LUMPUR: Netcon Builders Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Nestcon Bhd diberikan kontrak bernilai RM188.5 juta daripada Konsortium Exsim Development Sdn Bhd (KED) untuk pembangunan bangunan kediaman.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata kontrak itu membabitkan pembinaan bangunan 39 tingkat yang merangkumi 608 unit suite pangsapuri dan tiga unit kedai runcit di Jalan Klang Lama, Petaling Jaya.

Menerusi kontrak itu, Netcon Builders akan menjalankan reka bentuk, pembinaan, penyiapan, pengoperasian, penyelenggaraan dan jaminan (serah kunci) untuk kerja asas, kerja substruktur, kerja bangunan utama dan kerja infrastruktur bagi projek pembangunan itu.

"Tempoh keseluruhan kontrak projek ini adalah dalam masa 36 bulan daripada tarikh permulaan dan dijangka siap untuk diserahkan sebelum 18 Januari 2025.

"Tempoh liabiliti kecacatan projek ini mestilah 27 bulan daripada tarikh Sijil Perakuan Siap Kerja projek," katanya.

Nestcon berkata, projek ini dijangka menyumbang secara positif kepada aset bersih sesaham, perolehan sesaham dan tahap kadar hutang syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 dan sepanjang tempoh projek.

-BERNAMA

Berita Harian X