Rabu, 5 Januari 2022 | 10:58am
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ramsay Sime Darby Health Care (RSDH), Peter Hong
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ramsay Sime Darby Health Care (RSDH), Peter Hong

Peter Hong CEO baharu Ramsay Sime Darby

KUALA LUMPUR: Ramsay Sime Darby Health Care (RSDH) baru-baru ini melantik Peter Hong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Januari 2022.

Hong sebelum ini adalah pemangku CEO kumpulan sejak September 2021.

"Bersama rakan usaha sama Ramsay Health Care, Hong memainkan peranan penting menyelia perkembangan RSDH semasa pandemik semasa pandemik untuk memacu pertumbuhan perniagaan dan kecemerlangan operasi.

"Dengan pengalaman selama 28 tahun dalam industri penjagaan kesihatan di Asia Tenggara, Hong pernah bekerja di beberapa syarikat multinasional besar di sektor perubatan dan farmaseutikal," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Seorang akauntan bertauliah, Hong memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Perakaunan) daripada Monash University dan Felo CPA Australia serta Institut Akauntan Malaysia.

-BERNAMA

Berita Harian X