Jumaat, 31 Disember 2021 | 2:17pm
Ricky Lim Boon Soon (kanan) dan Datuk Eu Hong Chew.
Ricky Lim Boon Soon (kanan) dan Datuk Eu Hong Chew.

I-Bhd lantik dua pengarah baharu

KUALA LUMPUR: I-Bhd melantik Ricky Lim Boon Soon sebagai Pengarah Eksekutif dan Datuk Eu Hong Chew pula sebagai Pengarah Bukan Eksekutif baharu kumpulan.

Pemaju hartanah itu dalam kenyataannya berkata, kedua-dua perlantikan itu akan berkuat kuasa 1 Januari 2022.

Ia berkata, Boon Soon mempunyai pengalaman luas dalam sektor teknologi manakala Hong Chew pula berpengalaman selama lebih 30 tahun dalam industri korporat antarabangsa.

"Mereka berdua membina rangkaian industri yang kukuh dengan pengetahuan meluas," katanya.

Boon Soon akan menerajui Bahagian Teknologi Kumpulan dan bertanggungjawab dalam menyelia semua aspek teknologi.

Sebagai Pengarah Eksekutif, beliau akan menerajui pengembangan Zon Pusat Data Kumpulan yang merangkumi penubuhan dua pusat data baharu seluas 100,000 kaki persegi setiap satu untuk memenuhi permintaan bagi pusat data berikutan keperluan yang semakin meningkat terutama dalam pengkomputeran awan.

Beliau juga ketika ini adalah Ketua Pegawai Teknologi I-Bhd sejak dilantik pada 2 Mei 2019 yang bertanggungjawab dalam memastikan strategi, inisiatif pembangunan dan pendigitalan, serta penyelesaian dan inovasi bandar pintar kumpulan.

Sementara itu, perlantikan Hong Chew sebagai Pengarah Bukan Eksekutif ini adalah kali kedua selepas pernah memegang jawatan sama pada 15 Julai 1999 sehingga 25 Jun 2020.

Berita Harian X