Rabu, 29 Disember 2021 | 10:36am
CEO Tesla, Elon Musk - Foto Bloomberg
CEO Tesla, Elon Musk - Foto Bloomberg

Elon Musk jual RM4.2 bilion saham Tesla

NEW YORK: Elon Musk menjual saham Tesla Inc bernilai AS$1.02 bilion (RM4.2 bilion), demikian menurut satu makluman di Suruhanjaya Sekuriti dan Pasaran Amerika Syarikat (AS).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla itu menjual 934,090 saham, menurut makluman berkenaan.

Musk, manusia paling kaya di dunia, menjual saham Tesla selepas bertanya pengikutnya di Twitter bulan lalu sama ada beliau patut menjual sebahagian kepentingannya.

-Bloomberg

Berita Harian X