Khamis, 23 Disember 2021 | 9:09pm
Gambar hiasan. - NSTP/MUHAMMAD SULAIMAN
Gambar hiasan. - NSTP/MUHAMMAD SULAIMAN

Mah Sing Healthcare peroleh pensijilan MDR

KUALA LUMPUR: Anak syarikat perniagaan penjagaan kesihatan Mah Sing Group Bhd, Mah Sing Healthcare Sdn Bhd, mendapat pemberitahuan Sijil Peraturan Peranti Perubatan (MDR) Kesatuan Eropah (EU) untuk memasarkan sarung tangan pemeriksaan nitrilnya ke pasaran EU dan Kawasan Ekonomi Eropah (EEA).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata klasifikasi MDR Mah Sing Healthcare terletak di bawah Class I-Devices yang memerlukan menyiapkan fail teknikal dan pengisytiharan sendiri terhadap pematuhan produk.

Produk yang ditetapkan dalam pelepasan adalah sarung tangan bebas serbuk pemeriksaan nitril (bukan steril), katanya.

"Dengan pengeluaran FDA 510K baru-baru ini, Lesen Peranti Perubatan Health Canada, dan kini sijil MDR, Mah Sing Healthcare bersedia untuk meningkatkan eksport sarung tangan gred perubatan ke Amerika Syarikat, Kanada, EU dan wilayah EEA," katanya.

Mah Sing berkata pihaknya telah menyelesaikan pengoperasian semua 12 barisan pengeluaran dan telah menerima banyak pertanyaan jualan pelanggan.

Mesin celup sarung tangan berkelajuan tinggi baharu ini boleh menghasilkan 38,000 unit sarung tangan untuk setiap barisan pengeluaran dalam tempoh sejam, membolehkan kapasiti pengeluaran maksimum sehingga 3.68 bilion unit sarung tangan setahun, katanya. – Bernama

Berita Harian X