Khamis, 23 Disember 2021 | 6:58pm

Lazada hulur bantuan kepada mangsa banjir

KUALA LUMPUR: Bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan akibat bencana banjir, Lazada Malaysia menyumbang hampir 30,000 unit bekalan bantuan kepada 10 pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan lebih 4,500 mangsa banjir.

Pada masa yang sama, Lazada juga bekerjasama dengan sembilan organisasi bukan berasaskan keuntungan (NGO) untuk mengutip dana di LazadaForGood bagi menghulurkan bantuan lanjut kepada keluarga, masyarakat, dan juga haiwan yang terjejas akibat banjir.

Sebanyak 30,000 unit bekalan bantuan banjir yang disumbangkan oleh Lazada termasuk makanan kering, air botol, selimut, barangan kebersihan diri, lampin bayi dan kit ujian COVID-19 telah diserahkan kepada kerajaan Selangor.

Menurut Lazada Malaysia, rakyat Malaysia di seluruh negara juga boleh memainkan peranan untuk menyokong rakan senegara dengan menyumbang kepada sembilan NGO bantuan banjir rasmi yang tersenarai di LazadaForGood, platfrom sumbangan digital Lazada.

"Penyumbang boleh memilih untuk menderma antara RM1 hingga RM500 kepada mana-mana NGO di LazadaForGood, termasuk Mercy Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Islamic Relief, The Lost Food Project, Hospis Malaysia, MyFundAction, Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan, Zoo Negara, dan NGO Hub.

"Sumbangan yang dikutip akan seterusnya digunakan untuk membeli barangan keperluan dan membiayai usaha bantuan banjir," katanya.

Lazada Malaysia berkata, bagi menggalakkan pendermaan dan sebagai tanda penghargaan, semua penderma RM30 dan ke atas kepada NGO bantuan bencana di LazadaForGood dari sekarang hingga akhir Januari, akan menerima 300 LazCoins, yang boleh ditebus untuk hadiah percuma, baucar diskaun, diskaun semasa pembayaran, tawaran eksklusif, dan banyak lagi.

"Pengguna Lazada boleh menyumbang sekarang dengan mencari kata kunci 'Lazada Teman You' pada fungsi carian di aplikasi Lazada, kemudian memilih mana-mana NGO rasmi, dan klik 'Buy Now'," katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai NGO pemulihan banjir di LazadaForGood, sila kunjungi:

https://lzd.co/LazadaTemanYouXFloodCareRelief

Berita Harian X