Khamis, 16 Disember 2021 | 9:16pm
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor)
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor)

Taliworks dapat kontrak RM602.43 juta daripada Air Selangor

KUALA LUMPUR: Taliworks Corporation Bhd menerima kontrak daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bernilai

RM602.43 juta bagi cadangan pembangunan loji rawatan air Sg Rasau dan skim pembekalan air (fasa pertama), Pakej Selangor 2.

Pakej 2 merangkumi reka bentuk dan pembinaan cadangan stesen mengepam air terawat dan sesalur pam air terawat ke tadahan sedia ada Bukit Lipat Kajang, pengagihan dan kerja berkaitan, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

"Syarikat akan mempunyai akses ke tapak pada 29 Disember 2021 dan kerja-kerja dijangka selesai pada 31 Disember 2024," kata syarikat itu.

Taliworks berkata, kontrak dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan dan aset bersih kumpulan sepanjang tempoh kontrak.

Pada penutup dagangan hari ini, saham Taliworks tidak berubah pada 85.5 sen dengan 1.26 juta saham diniagakan.

-BERNAMA

Berita Harian X