Ahad, 18 Oktober 2020 | 1:36am
Gambar fail. Pesawat milik AirAsia Group Bhd di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang, Selangor. - Foto: Samsul Said/Bloomberg
Gambar fail. Pesawat milik AirAsia Group Bhd di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang, Selangor. - Foto: Samsul Said/Bloomberg

AirAsia X cadang tutup operasi di Indonesia

JAKARTA: AirAsia X Bhd bercadang menutup operasinya di Indonesia dalam usaha untuk bertahan impak pandemik yang menyebabkan pesawatnya tersadai sejak akhir Mac.

Syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh milik AirAsia Group Bhd menjual 49 peratus dalam Thai AirAsia X, kata Timbalan Pengerusinya, Lim Kian Onn kata dalam satu temu bual dengan akhbar The Star.

Usaha itu dilaksanakan di tengah-tengah pelan penstrukturan semula untuk menyelesaikan kira-kira RM63.5 bilion hutang dan menyelamatkannya daripada lumpuh.

Cadangan itu memerlukan kelulusan daripada pelabur dan pemiutang.

Rundingan awal dengan pemiutang sangat sukar kerana mereka sudah kecewa, kata Lim dalam temu bual itu.

Mereka meminta syarat yang lebih baik, termasuk ekuiti percuma untuk hutang yang dilupuskan - sesuatu yang mustahil untuk dipenuhi syarikat penerbangan, katanya.

Namun, Lim mengatakan bahawa mereka semua benar-benar ingin mencari jalan bersama untuk membawa syarikat penerbangan maju ke hadapan.

"Tidak ada yang mendapat keuntungan dari pengakhiran kami," katanya.

Syarikat penerbangan itu merancang untuk meneruskan penerbangan pada suku pertama, walaupun prosesnya tetap 'dinamik', kata Lim.

Sekiranya rancangan menyelamat mendapat persetujuan, syarikat harus merundingkan semula setiap kontrak dan akan melakukan yang terbaik untuk menjaga kepentingan semua pihak yang berkepentingan, katanya. - Bloomberg

Berita Harian X