Isnin, 3 Ogos 2020 | 7:54pm
Damansara Realty Bhd
Damansara Realty Bhd

Azman Tambi Chik dilantik Pengarah Urusan Damansara Realty

KUALA LUMPUR: Damansara Realty Bhd (DBhd) melantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO), Azman Tambi Chik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan berkuat kuasa 1 Ogos 2020.

Kumpulan itu, yang terbabit dalam pembangunan hartanah serta pengurusan kemudahan bersepadu (IFM) berkata, Azman mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang berkaitan.

Beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam strategi korporat, perancangan, pembangunan perniagaan, perundangan, perolehan, operasi serta pemerolehan perniagaan baharu dalam bidang IFM, teknologi, minuman & makanan serta hospitaliti, kata DBhd dalam satu kenyataan hari ini.

Azman, sebelum ini adalah Pengurus Besar AWC Bhd (pembangunan perniagaan) telah dilantik sebagai CEO Kumpulan DBhd pada 11 Mei tahun ini.

Pengerusi DBhd, Datuk Ahmad Zahri berkata, Azman bukan sahaja akan membantu memudahkan urusan perniagaan dan operasi kumpulan memasuki normal baharu dalam industri semasa tetapi akan membawa kumpulan ke arah inisiatif pertumbuhan seterusnya.

-BERNAMA

Berita Harian X