Jumaat, 31 Januari 2020 | 3:16pm

Untung Samsung susut 38 peratus

SEOUL: Samsung Electronics Co melaporkan keuntungannya berkurangan 38 peratus berikutan kejatuhan harga cip memori.

Ia satu petanda amaran bagi industri teknologi global memandangkan ia berdepan ketegangan perdagangan dan coronavirus.

Keuntungan bersih kumpulan itu susut kepada kepada 5.23 trilion won (RM17.98 bilion) untuk tiga bulan berakhir Disember berbanding purata unjuran 5.31 trilion won (RM21.65 bilion).

Ia mengejutkan kerana Samsung secara berhati-hati menyusun pendapatan, termasuk pelaporan awal beberapa minggu sebelum keputusan akhir. Angka awal bulan ini mengatasi jangkaan penganalisis.

Samsung berdepan kesukaran dengan kejatuhan dalam perniagaan cip memori, berdasarkan sejarah ia adalah bahagian paling untung, dan berkata kelemahan mungkin memberi kesan terhadap keputusan suku pertama.

“Terdapat terlalu banyak faktor yang perlu dipertimbangkan untuk membuat kesimpulan bahawa kami telah memasuki peningkatan kitaran permintaan yang pasti,” kata Naib Presiden Kanan Perniagaan Semikonduktor Samsung, Jinman Han, yang mengetengahkan ketidaktentuan ekonomi makro dan geopolitik yang mungkin memberi impak negatif pada masa depan.

Coronavirus yang bermula di China menyebabkan kedai dan kilang di negara itu ditutup, pangkalan perkilangan untuk industri teknologi tinggi.

Beberapa syarikat, termasuk Apple Inc, berkata mereka tidak pasti bagaimana virus itu akan menjejaskan mereka.

Saham Samsung jatuh 3.2 peratus di Seoul. Mereka telah meningkat 5.9 peratus tahun ini hingga Rabu, selepas meningkat kira-kira 44 peratus pada 2019.

Ia berkata, keuntungan operasi berjumlah 7.16 trilion won dan jualan 59.9 trilion won sejajar dengan angka awal yang dikeluarkan awal bulan ini. - Bloomberg

Berita Harian X