Khamis, 28 March 2019 | 2:09pm
A logo sign outside an office building occupied by Sony, in San Jose, California, on December 31, 2014. Photo Credit: Kristoffer Tripplaar/ Sipa USA *** Please Use Credit from Credit Field ***
A logo sign outside an office building occupied by Sony, in San Jose, California, on December 31, 2014. Photo Credit: Kristoffer Tripplaar/ Sipa USA *** Please Use Credit from Credit Field ***

Sony tutup kilang telefon pintar Beijing

BEIJING/TOKYO: Sony Corp akan menutup kilang telefon pintarnya di Beijing dalam beberapa hari akan datang, demikian menurut jurucakap syarikat.

Langkah gergasi elektronik Jepun itu bertujuan mengurangkan kos dalam perniagaan mencatat kerugian.

Sony akan memindahkan pengeluaran ke kilangnya di Thailand dalam usaha mengurangkan separuh kos dan menjadikan perniagaan telefon pintar menguntungkan mulai April 2020, kata jurucakap itu.

Perniagaan telefon pintar Sony adalah satu daripada penyebab kepada pendapatannya yang sebaliknya adalah lebih kukuh, menanggung kerugian 95 bilion yen (AS$863 juta) dalam tahun kewangan ini. (AS$1 = 110.1200 yen) - Reuters

Berita Harian X