Isnin, 28 Januari 2019 | 9:42pm

Sapura Energy dapat kelulusan bekerjasama dengan OMV AG

KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd hari ini menerima kelulusan pemegang saham bagi cadangan 50:50 kerjasama dengan OMV Aktiengesellschaft (OMV AG), Austria pada mesyuarat agung luar biasanya (EGM), di sini, hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas EGM itu, Sapura Energy berkata, ia akan menerima hasil tunai sebanyak RM7.6 bilion dengan segera daripada terbitan hak dan kerjasama strategik itu.

“Hasil tunai berkenaan akan digunakan untuk mengurangkan pinjaman kumpulan dan nisbah tahap kadar hutangnya dijangka merosot dengan ketara kepada 0.62 kali daripada 1.74 kali.

“Sebahagian daripada hasil tunai yang diraih akan digunakan untuk membiayai keperluan modal kerja kumpulan yang dijangka meningkat sejajar dengan pertumbuhan nilai perolehan kontrak yang dicatatkan hari ini,” katanya. - BERNAMA

Berita Harian X