Khamis, 15 November 2018 | 10:03pm
GAMBAR fail, Ketua Pascabayar Maxis, Arjun Varma. - Foto Aswadi Alias
GAMBAR fail, Ketua Pascabayar Maxis, Arjun Varma. - Foto Aswadi Alias

MaxisONE Prime baharu dilengkapi data tanpa had

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd melancarkan MaxisONE Prime baharu yang dilengkapi dengan data tanpa had untuk telefon mudah alih dan juga jalur lebar fiber kediaman.

Pelan MaxisONE (MOP) bermula dari RM98 sebulan dan mana-mana pelan fiber kediaman pilihan mereka bermula dari hanya RM89 sebulan.

Ketua Pascabayar Maxis, Arjun Varma, berkata pelan baharu itu menawarkan data tanpa had untuk semua ahli keluarga dan membolehkan gabungan mana-mana Pelan MaxisONE dan pelan fiber kediaman.

“MaxisONE Prime diperkenalkan sempena kempen Fibrenation kami dengan pelan jalur lebar fiber paling berpatutan. Pelanggan dapat menikmati internet tanpa had untuk setiap ahli keluarga dan kelajuan lebih pantas.

“Ini juga menunjukkan kepimpinan kami dalam penawaran menyeluruh, dan penyelesaian sambungan tetap dan mudah alih yang tersedia kepada lebih ramai rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk masa terhad, pelanggan MaxisONE Prime juga akan menikmati diskaun sehingga 50 peratus untuk pelbagai peranti mewah dan lebih banyak lagi di Zerolution360, apabila mereka mendaftar untuk MOP128 dan ke atas.

Pelanggan juga boleh menikmati internet tanpa had untuk telefon mudah alih dan kediaman, tidak kira kombinasi pelan yang mereka pilih, ahli keluarga akan mendapat data tanpa had bagi telefon mudah alih dan kediaman mereka.

Talian kongsi yang kini berharga RM48 juga akan menikmati data tanpa had.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X