SEOUL: Samsung Electronics mencatat keuntungan operasi sukuan tertinggi berjumlah 17.6 trilion won (AS$15.4 bilion) bagi suku kewangan ketiga.
Peningkatan itu disumbang terutamanya oleh jualan padu cip memori.
Pengeluar telefon pintar dan cip memori terbesar dunia itu juga melaporkan keuntungan bersih 13.1 trilion won bagi tempoh Julai-September, naik 17.5 peratus berbanding setahun lalu. - AFP