Jumaat, 31 Ogos 2018 | 1:21pm
PENGARAH Jualan TMT, Eric Chan pada taklimat media ketika pelancaran kedai TMT di Shopee.
PENGARAH Jualan TMT, Eric Chan pada taklimat media ketika pelancaran kedai TMT di Shopee.
PENGURUS Kategori Shopee, Calvin Teng memberi penerangan berkaitan peranan Shopee bagi menyokong perniagaan TMT.
PENGURUS Kategori Shopee, Calvin Teng memberi penerangan berkaitan peranan Shopee bagi menyokong perniagaan TMT.

Shopee, Thunder Match jalin kerjasama

KUALA LUMPUR: Platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee kini menjalin kerjasama dengan gedung teknologi maklumat (IT) dalam talian terbesar di Malaysia, Thunder Match, untuk menawarkan jaminan harga terendah (LPG) membabitkan 3,000 produk.

Kesemua produk itu yang terdiri daripada pelbagai kategori termasuk komputer, telefon pintar, aksesori dan gajet boleh dibeli menerusi kedai TMT di Shopee secara atas talian. TMT dilancarkan oleh Thunder Match, baru-baru ini.

Sehubungan itu, sempena meraikan pelancaran itu, TMT mengadakan pertandingan Beli & Menang mulai 20 Ogos hingga 19 September 2018 yang membolehkan sembilan pembeli tertinggi di gedung TMT Shopee berpeluang memenangi wang tunai berjumlah sehingga RM100,000.

Pengguna Shopee yang mencari gajet elektronik dan kelengkapan permainan seperti komputer riba, skrin monitor, alat dengar, komponen komputer dan telefon pintar.

Malah mereka pasti teruja dengan ganjaran segera berbentuk baucar RM50 bagi setiap perbelanjaan minimum berjumlah RM1,500 dan baucar RM100 bagi setiap pembelian minimum berjumlah RM2,500 sepanjang tempoh kempen.

Pelancaran TMT di Shopee menjadikan kedai IT terbabit yang terbesar di sebuah platform e-dagang sekali gus kedai Jenama SIS pertama di Shopee Mall.

Pelancaran berkenaan juga sejajar dengan pelan transformasi digital TMT dan strategi jangka panjang untuk mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peruncit IT terbesar di Malaysia tidak kira bagi pasaran dalam talian dan luar talian.

Peminat gajet boleh mendapatkan produk IT pada harga terbaik sebelum Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mula dikenakan esok.

Sila layari https://shopee.com.my/thundermatch untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Thunder Match dan promosi mereka di Shopee.

Berita Harian X