KUALA LUMPUR: Pakar-pakar industri bekalan elektrik akan berkongsi pengetahuan mereka di Persidangan Industri bekalan Elektrik (CEPSI 2018), pada 17 September ini.
Bertemakan ‘Reimagining Utility of the Future’, persidangan enam hari itu dihoskan Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi pihak Persatuan Industri Bekalan Elektrik Asia Timur dan Pasifik Barat.
TNB dalam satu kenyataan hari ini, berkata acara itu dijangka akan menarik penyertaan lebih 1,500 delegasi dengan menampilkan 15 penceramah berprofil tinggi dalam pelbagai tajuk, termasuk ‘Trend global dan perubahan besar dalam elektrik dan tenaga’.
Sesi bertajuk ‘Utiliti masa depan dan pembangunan mampan’ juga akan turut diadakan di mana pakar akan mengupas pelbagai isu baharu yang muncul akibat perubahan ekonomi, pengawalseliaan dan teknologi selain tajuk 'Pembangunan Hijau dan Transformasi dalam Industri Bekalan Elektrik (ESI)'.
-BERNAMA