Khamis, 23 Ogos 2018 | 6:02pm

PETRONAS manfaat aspenONE optimum keuntungan RAPID

KUALA LUMPUR: PETRONAS mengguna pakai perisian kejuruteraan, rantaian bekalan petroleum dan pengurusan aspenONE, yang dibangunkan Aspen Technology Inc bagi mengoptimumkan keuntungannya di kemudahan Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang, Johor.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Refinery and Petrochemical Corporation Sdn Bhd Colin Wong Hee Huing berkata setakat ini RAPID dan enam lagi kemudahan bersekutu utamanya di Pengerang adalah pelaburan hiliran terbesar syarikat itu di Malaysia.

“Bagi mencapai kecemerlangan operasi menerusi pengoptimuman aset, PETRONAS mengguna pakai perisian penapisan petroleum, Aspen plus, polimer Aspen, Aspen PIMS-AO, penjadual petroleum Aspen, pengoptimum pelbagai campuran serta perisian penjadual loji Aspen HYSYS.

“Penyelesaian itu memaksimumkan keuntungan dengan penyelesaian masalah yang lebih baik, perancangan dan penjadualan lebih kukuh, pemilihan bahan mentah yang optimum dan gabungan produk serta menambah baik tindak balas dan membuat keputusan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Projek RAPID akan membantu PETRONAS menghasilkan produk petroleum premium dan bahan kimia khusus yang ketika ini mendapat permintaan tinggi di Asia Pasifik.

“Komited kepada visi ini, kami telah memilih pelbagai penyelesaian perisian bagi mengoptimumkan aset menerusi perisian kejuruteraan, rantaian bekalan petroleum dan pengurusan dari AspenTech,” katanya.

-BERNAMA

Berita Harian X