Isnin, 23 Julai 2018 | 12:27pm
LAMAN eksklusif yang dirangka menerusi platform e-dagang yang bakal dilancarkan NST memudahkan pelanggan membeli-belah.
LAMAN eksklusif yang dirangka menerusi platform e-dagang yang bakal dilancarkan NST memudahkan pelanggan membeli-belah.

NSTP sedia tawaran eksklusif, kupon

KUALA LUMPUR: New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) akan bekerjasama dengan platform pemasaran tempatan terbaik, iPrice Group Sdn Bhd bagi menawarkan pelbagai tawaran eksklusif dan kupon kepada pelanggan dalam talian menerusi http://vouchers.nst.com.my/.

Laman eksklusif yang dirangka menerusi platform e-dagang yang bakal dilancarkan oleh New Straits Times (NST) bulan ini akan dikemas kini setiap hari bagi memudahkan pelanggan membeli-belah dengan lebih mudah.

Pengurus Besar, Perniagaan Digital dan Pembangunan NSTP, Azizi Othman, berkata inisiatif terbaru berkenaan dilancarkan bagi memenuhi usaha syarikat yang komited menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan digital dengan nilai tambah khusus buat pelanggan.

Katanya, iPrice bukan sahaja memiliki reputasi yang kukuh di Malaysia dan rantau ini, malah berkebolehan menyediakan platform yang akan membandingkan harga lebih 250 juta produk bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan terbaik sebelum melakukan pembelian.

"Laman 'Baucar' akan menyenaraikan pelbagai tawaran baucer dan kupon bernilai tinggi dalam talian daripada 60 peniaga e-dagang di Malaysia dan di seluruh dunia.

Kandungan digital diperkaya

"Selain itu, kandungan digital NST turut akan diperkayakan supaya lebih mantap dan berkualiti.

"Kami percaya jalinan kerjasama ini dapat mengukuhkan ekosistem e-dagang sekaligus membantu meningkatkan mutu nilai seumur hidup pelanggan (CLV) menerusi pembabitan NST dalam industri ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran iPrice Group, Matteo Sutto berkata, pihaknya berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan akhbar Bahasa Inggeris tertua di Malaysia dalam menyediakan platform beli-belah global dengan cara termudah dan terpantas.

Katanya, pertumbuhan pesat ekonomi Internet sejak bertahun lalu meningkatkan angka peniaga e-dagang, malah pihaknya berpeluang menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan dalam talian menerusi platform yang menggabungkan semua pilihan yang tersedia.

"Laporan oleh Google dan Temasek menunjukkan bahawa nilai e-dagang di Malaysia dijangka melebihi RM33 bilion (AS$8 bilion) menjelang tahun 2025 dan industri berkembang lebih cepat daripada yang diramalkan.

"NST berkembang sejajar dengan masa sejak abad lalu dalam menyalurkan laporan berita yang paling relevan, semasa dan komprehensif kepada rakyat Malaysia," katanya.

"Kami percaya kerjasama berpasukan ini dapat memberi nilai yang lebih besar kepada berjuta pelanggan secara tetap," katanya.

Berita Harian X