Isnin, 26 Februari 2018 | 2:13pm

Saham Geely melonjak, miliki 9.7% saham dalam Daimler

HONG KONG: Saham Geely Automobile Holdings Ltd melonjak pada Isnin susulan pengerusinya, Li Shufu mendedahkan beliau memiliki AS$9 bilion (RM) nilai saham Daimler sekali gus memberi kelebihan kepadanya untuk mengusahakan kerjasama dalam pembangunan teknologi bersama syarikat automotif Jerman berkenaan.

Pegangan 9.7 peratus saham itu menjadi Shufu pemegang saham terbesar Daimler dan meletakkan pemilik Mercedes-Benz di kedudukan yang tidak selesa apabila syarikat itu mempunyai jalinan rakan kongsi bersama BAIC Motor Corp, dengan kedua-dua pihak mengumumkan pelaburan pembinaan kilang bernilai AS$ bilion.

Shufu dijangka akan mengadakan perjumpaan bersama pegawai eksekutif Daimler di Stuttgart pada Isnin dan pegawai atasan Jerman di Berlin.

Jerman sebelum ini menyatakan mereka tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pegangan saham yang dimiliki Shufu.

Saham Geely melonjak lapan peratus, didorong harapan untuk memperoleh teknologi Daimler yang mana ia akan membantu untuk bersaing di pasaran peralihan terpantas yang terganggu oleh perkenalan kepada kereta elektrik dan pemanduan autonomi.

Syarikat induk, Zhejiang Geely Holdings pada Sabtu lalu, berkata mereka tidak merancang untuk meningkatkan saham buat masa ini.

Pada masa ini, Geely sedang giat berkembang, dengan syarikat induk itu kini memiliki Volvo Cars, LEVC, perolehan majoriti saham Lotus pada tahun lalu, 49.9 peratus pegangan saham Proton, saham bernilai AS$3.3 bilion di Volvo Trucks dan mengawal permulaan kereta terbang Terrafugia.

Dalam kalangan 36 penganalisis yang meliputi Geely, purata penarafan saham adalah 'beli' dengan 27 mengesyorkan 'pembelian kukuh' atau 'beli'.

Di antara 36 penganalisis yang meliputi Geely, purata penarafan saham adalah "beli" dengan 27 mengesyorkan "membeli kuat" atau "beli".

- REUTERS

Berita Harian X