Rabu, 20 Disember 2017 | 5:32pm
TIMBALAN Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan (dua dari kiri) bersama Pengasas dan Pengarah CPI Land, Ir Yeap Teck Hooi (kiri) dan Pengarah CPI Land Sdn Bhd, Chung Shan Tat pada Majlis Pecah Tanah Tuan Residency di Jalan Ipoh. - Foto Nurul Shafina Jemenon

TIMBALAN Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan (dua dari kiri) bersama Pengasas dan Pengarah CPI Land, Ir Yeap Teck Hooi (dua dari kanan) pada Majlis Pecah Tanah Tuan Residency di Jalan Ipoh. - Foto Nurul Shafina Jemenon

CPI Land lancar Tuan Residency

KUALA LUMPUR: CPI Land, pemaju hartanah butik melancarkan projek kondominium mewah Tuan Residency, di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM280 juta.

Terletak di atas tanah dengan keluasan 0.92 hektar, projek dengan status pegangan bebas itu terletak di Jalan Kuching, Kuala Lumpur dengan bertemakan kolonial dan peranakan.

Walaupun terletak di lokasi utama dengan rekaan mewah, harga yang ditawarkan amat berpatutan daripada kadar purata pasaran iaitu RM450 hingga RM480 setiap kaki persegi.

Pengarahnya, Ir Yeap Teck Hooi, berkata walaupun ketika ini berlaku kebanjiran dalam pasaran hartanah, namun CPI Land yakin projeknya yang kos efektif dan harga berpatutan akan mendahului projek pembangunan mewah lain.

"Berlandaskan kepercayaan bahawa tanah adalah aset yang semakin berkurangan, kami mencipta nilai melalui rekaan inovatif dalam mencapai keselesaan dan kecekapan maksimum untuk pemilik dengan memberi keutamaan kepada aspek praktikal dan fungsi namun masih mengekalkan kualiti.

"Tuan Residency diseimbangkan dengan kemewahan dan mampu milik untuk rakyat Malaysia dalam aspek ruang, persekitaran, harga dan lokasi," katanya pada majlis Pecah Tanah Tuan Residency di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Ir Yeap berkata, pihaknya menjangkakan sebanyak 50 peratus hingga 70 peratus unit akan terjual pada suku pertama tahun depan.

Tuan Residency merangkumi 577 unit dengan keluasan bermula 878 kaki persegi hingga 1,015 kaki persegi dengan empat pilihan rekaan dalaman dan akses dua kunci bagi unit terpilih. Setiap unit mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Antara kemudahan termasuklah kolam renang, ruang aktiviti, gimnasium, laluan refleksologi dan dek barbeku.

Projek ini akan dilancarkan pada Januari depan dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2020.

Info

*Layari www.cpiland.com untuk tempahan

Berita Harian X