Jumaat, 3 November 2017 | 6:07pm
KETUA Pegawai Pemasaran Shell, Ben Mahmud (tengah) bergambar dengan orang ramai pada Anugerah Jenama Putra 2017 di sini, malam tadi. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
KETUA Pegawai Pemasaran Shell, Ben Mahmud (tengah) bergambar dengan orang ramai pada Anugerah Jenama Putra 2017 di sini, malam tadi. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Shell menang Anugerah Jenama Putra 2017

KUALA LUMPUR: Jenama Shell, milik syarikat minyak dan gas Britain-Belanda, dipilih sebagai pemenang Anugerah Jenama Putra 2017 di sini, malam tadi.

Anugerah khas bagi Jenama Putra Paling Berdaya Saing 2017 pula dimenangi oleh Hurix, manakala pasukan pemasaran 100 Plus memenangi Anugerah Pemasar Putra Malaysia 2017.

Sementara itu, Pengerusi Eco World Development Group Bhd, Tan Sri Liew Kee Sin, dinobat sebagai Personaliti Putra 2017, manakala Jenama Ikon Putra dimenangi Dettol, Ikea dan Golden Screen Cinemas (GSC). 

Pengerusi Penganjur Anugerah Jenama Putra, Datuk Johnny Mun, berkata lebih 6,000 pengguna mengambil bahagian dalam proses undian yang dijalankan di seluruh negara bagi memilih jenama pilihan mereka.

Katanya, tahun ini, sebanyak 39 emas, 40 perak, dan 51 gangsa dianugerahkan kepada jenama bertuah dalam 24 kategori, bersama lima anugerah khas.

"Secara keseluruhannya, Anugerah Jenama Putra memberi peluang untuk membentuk pengalaman pengguna menerusi pelbagai mod komunikasi jenama dan membolehkan pengguna berinteraksi dengan jenama berkenaan," katanya.

Sementara itu, saluran televisyen TV3, rangkaian media milik Kumpulan Media Prima Bhd (MPB), meraih gangsa pada majlis berkenaan menerusi kategori rangkaian media.

Sebelum ini, TV3 memenangi anugerah gangsa (2010 dan 2016), perak (2011 dan 2012) dan emas pada 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Johan Ishak, menerima anugerah berkenaan bagi pihak TV3.

Dilancarkan pada 2010, Anugerah Jenama Putra ialah inisiatif Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) untuk mengiktiraf jenama tempatan dan antarabangsa yang paling dekat di hati rakyat Malaysia dengan penilaian berdasarkan pilihan pengguna.

Ia adalah anugerah jenama yang disokong oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan satu-satunya anugerah berdasarkan pilihan orang ramai.

INFO:

Senarai pemenang mengikut kategori.

 

1- Pakaian dan Aksesori

Emas - Bata, Casio

Perak - Uniqlo

Gangsa - Bonia, Seiko, Swatch

 

2- Automotif

Emas - Honda, Perodua, Toyota

Perak - BMW, Mercedes-Benz, Proton

Gangsa - Audi, Nissan

3- Automotif (Bahan Api dan Pelincir)

Emas - Petronas, Shell

Perak - Petron

Gangsa - BHP, Caltex

 

4- Perbankan, Pelaburan dan Insurans

Emas - Maybank

Perak - CIMB

Gangsa - Public Bank

 

5- Minuman (Alkohol)

Emas - Carlsberg, Heineken

Perak - Somersby, Tiger 

Gangsa - Guiness

6- Minuman (Tenusu)

Emas - Ducth Lady, Vitagen

Perak - Yakult

Gangsa - Anlene, Calpis, Nestle Omega

7- Minuman (Tanpa alkohol) 

Emas - 100 Plus, Milo, Spritzer

Perak - Boh, Nescafe

Gangsa - Ribena

8- Alat Komunikasi

Emas - Samsung, Sony

Gangsa - Nokia

9- Rangkaian Komunikasi

Emas - Maxis

Perak - Celcom, TM

Gangsa - Digi

10- Pendidikan dan Pelajaran

Emas - Taylor University

Perak - Management & Science University (MSU), Sunway University

Gangsa - Help University, KDU University College, SEGi University College

11- Hiburan 

Emas - GSC

Perak - TGV Cinema 

Gangsa - Resort World Genting, Sunway Lagoon

12- Makanan 

Emas - Gardenia, Maggi

Perak - Cadbury, Julies, Kit Kat, Munchys

Gangsa - Nestle Breakfast Cereal, Prego

13- Kesihatan

Emas - Dettol, Panadol

Perak - Strepsils

Gangsa - BRANDS, Hurix's, Woods

14- Kedai dan Produk Penambahbaikan Kediaman

Emas - Ikea

Perak - Energizer, Senheng

Gangsa - Jotun, Nippon Paint

15- Produk Isi Rumah 

Emas - Dynamo, Softlan

Perak - Ambipur, Febreeze

Gangsa - Downy, Ridsect, Top

16- IT dan Kelengkapan Pejabat

Emas - Samsung

Perak - Canon, HP

Gangsa - Acer, Asus, Dell

17- Rangkaian Media 

Emas - Astro

Perak - The Star 

Gangsa - AXN, TV3

Berita Harian X