Selasa, 29 Ogos 2017 | 5:41pm
ZALMAN Aefendy Zainal Abidin (kiri) bersama Pengurus Perniagaan Peranti Celcom Axiata Berhad Harcharan Singh (kanan) dan Ketua Bahagian Pembayaran Mudah Umum AEON Kredit Teoh Choon Keat (tengah) pada majlis pelancaran 'Easy Phone For Prepaid' di Solaris Dutamas.- Foto Rosdan Wahid
ZALMAN Aefendy Zainal Abidin (kiri) bersama Pengurus Perniagaan Peranti Celcom Axiata Berhad Harcharan Singh (kanan) dan Ketua Bahagian Pembayaran Mudah Umum AEON Kredit Teoh Choon Keat (tengah) pada majlis pelancaran 'Easy Phone For Prepaid' di Solaris Dutamas.- Foto Rosdan Wahid

Celcom tawar EasyPhone serendah RM74 sebulan

KUALA LUMPUR: Celcom Xpax menawarkan EasyPhone untuk pelanggan prabayarnya dengan pelbagai telefon pintar melalui skim ansuran 24 bulan daripada serendah RM74 sebulan.

Sebelum ini, pelan ansuran itu hanya dapat dinikmati pengguna pasca bayar, tetapi kini, Celcom memperkenalkan pelan ansuran pembiayaan pembelian telefon pintar kepada pengguna prabayar.

Melalui kerjasama dengan AEON Credit Service (M) Bhd, EasyPhone untuk prabayar adalah perintis bagi pelan pembiayaan ansuran telefon pintar yang memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna.

Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Bhd, Zalman Aefendy Zainal Abidin, berkata EasyPhone untuk prabayar adalah eksklusif dan pertama seumpamanya dalam pasaran yang membolehkan pemilikan mudah telefon pintar untuk pengguna prabayar, serta menyediakan pengalaman pengguna yang hebat untuk internet melalui telefon pintar.

"Ia adalah pilihan sempurna dan tidak dapat dibandingkan dengan pengguna teknologi pintar yang ingin memiliki telefon pintar tanpa dibebani dengan kos tinggi untuk memiliki peranti terkini.

"Pelanggan Xpax kami tidak perlu tercari-cari untuk memiliki telefon pintar impian mereka, kerana kini boleh dapati hanya dengan proses pendaftaran yang mudah.

"Mereka boleh memohon melalui Portal Aplikasi Dalam Talian atau pergi ke Blue Cube terdekat untuk mendaftar," katanya.

EasyPhone untuk prabayar adalah unik kerana menawarkan pilihan lebih daripada 30 siri model terkini termasuk Samsung, Huawei, Oppo, Xiaomi dan iPhone 6 & iPhone 7.

Berita Harian X