Rabu, 28 September 2022 | 2:04pm
KITA Sejati menawarkan harga mampu milik dengan kediaman yang berkualiti
KITA Sejati menawarkan harga mampu milik dengan kediaman yang berkualiti

LBS perkenal kediaman mampu milik KITA Sejati

PETALING JAYA: LBS Bina Group Bhd (LBS) mengumumkan projek bangunan tinggi ketiga, KITA Sejati, yang terletak di kawasan perbandaran KITA @ Cybersouth dan terdiri daripada pangsapuri servis 24 tingkat sebanyak 1,054-unit dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM 384 juta.

Terletak di atas tanah seluas 2.72 hektar, KITA Sejati menawarkan harga mampu milik dengan kediaman yang berkualiti serta terletak sempurna bersesuaian dengan kawasan persekitarannya.

KITA Sejati terdiri daripada dua variasi dalam susun atur dan saiz, Jenis A, (602 kaki persegi) dengan harga yang ditawarkan bermula daripada RM270,000 dan Jenis B (850 kaki persegi) dengan harga bermula daripada RM389,900, yang amat sesuai untuk pembeli rumah kali pertama dan pasangan muda yang baru membina keluarga.

Malah, boleh dikatakan bahawa KITA Sejati akan dapat memenuhi keperluan keluarga berskala kecil atau pasangan yang baru mendirikan rumah tangga ditambah dengan reka bentuknya yang praktikal sebagai rumah pertama yang sempurna.

Dengan memfokuskan konsep kesejahteraan masyarakat, dipadankan dengan infrastruktur perbandaran yang lengkap dan komprehensif, KITA Sejati komited untuk mewujudkan persekitaran kehidupan yang harmoni dan tenang.

Ia turut menitikberatkan ciri-ciri keselamatan yang mana pembangunan itu dilengkapi dengan pagar dan kawalan CCTV di pondok pengawal.

Elemen kemasyarakatan dan kekeluargaan turut disuntik di dalam rekaan KITA Sejati dengan pelbagai kemudahan berorientasikan keluarga seperti dewan serba guna, gelanggang takraw, kawasan barbeku, kolam renang, gimnasium, gelanggang futsal dan banyak lagi.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San, berkata LBS telah membina asas yang kukuh bagi mewujudkan rumah dengan suasana yang harmoni bagi keluarga.

"Tiga tonggak utama yang LBS patuhi semasa membina projek ini, ialah kebolehcapaian, ketersambungan dan kehidupan bermasyarakat," katanya dalam satu kenyataan.

Pembangunan baharu itu terletak berdekatan dengan Putrajaya dan Cyberjaya.

KITA Sejati juga dikelilingi oleh hab pendidikan yang terkenal seperti Universiti Xiamen, UiTM Dengkil dan Universiti Heriot Watt serta akses mudah ke beberapa lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya, Lebuhraya Maju (MEX), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Utara Selatan (NSE) dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Bakal pembeli rumah juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah melalui kempen LBS Fabulous Extra 2022-23 apabila mereka membeli rumah dan hartanah LBS bermula daripada sekarang sehingga akhir 2023, yang mana antara hadiah menarik yang ditawarkan ialah 22 unit Perodua Axia.

Pembeli rumah KITA Sejati juga boleh menikmati insentif tambahan, seperti yuran tempahan yang rendah sebanyak RM200, pengecualian yuran guaman, ganjaran kesetiaan, skim pembayaran flexi, yuran keluar sifar dan pakej perabot. (tertakluk kepada terma dan syarat).

Untuk maklumat lanjut mengenai KITA Sejati, sila lawati galeri jualan KITA @ Cybersouth, dari jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Pembeli rumah yang berminat juga boleh melayari https://virtualfair.lbs.com.my/township/cybersouth/kita-sejati-serviced-... atau hubungi 1700 81 8998.

Berita Harian X