Selasa, 21 Jun 2022 | 4:48pm
Pengarah Urusan Sunway Property, Sarena Cheah (tengah) bersama pengurusan Sunway Property dan MKH memotong riben ketika merasmikan pembukaan Galeri Hartanah Jernih Residence.
Pengarah Urusan Sunway Property, Sarena Cheah (tengah) bersama pengurusan Sunway Property dan MKH memotong riben ketika merasmikan pembukaan Galeri Hartanah Jernih Residence.

Sunway Property buka galeri hartanah Jernih Residence

KUALA LUMPUR: Sunway Property, bahagian hartanah Sunway Group melancarkan Galeri Hartanah Jernih Residence, projek kediaman bertingkat terbaharunya di Sungai Jernih, Kajang.

Pembukaan besar-besaran pada 28 dan 29 Mei lalu itu menyaksikan pengunjung yang mendaftar untuk pembelian unit kediaman berpeluang menyertai kempen putar-dan-menang rebat sehingga RM3,000 dan dan menyertai bengkel terrarium mini sambil mengetahui dengan lebih lanjut mengenai projek pembangunan terbabit.

Pengarah Eksekutif Kanan Sunway Property, Chong Sau Min, berkata, harga mampu milik yang ditawarkan menerusi Jernih Residence membolehkan pembeli muda dan mereka yang ingin menaik taraf pemilikan kediaman, peluang untuk membeli rumah tanpa perlu berkompromi dengan kualiti dan kemudahan.

"Konsep Kehidupan Berorientasikan Transit Utama yang ditawarkan di Jernih Residence merangkumi ketersambungan terbaik menerusi pengangkutan awam dan lebuh raya utama, serta kemudahan bandar dan gaya resort," katanya.

Jernih Residence dimajukan di atas sebidang tanah berstatus pegangan bebas berkeluasan 2.14 hektar dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM543 juta. Ia menawarkan 1,605 unit apartmen servis yang dibahagikan menerusi dua blok kediaman.

Setiap unit ditawarkan dengan empat saiz binaan dalaman dari 550 hingga 850 kaki persegi, dengan tawaran harga dari RM320,000 atau purata RM500 sekaki persegi.

Projek terbabit dimajukan secara strategik bersebelahan Stesen MRT Sungai Jernih (hanya 50 meter), sekali gus menawarkan kemudahan harian kepada penduduk yang mementingkan ketersambungan dan kebolehcapaian.

Sejajar dengan kehendak pasaran untuk gaya hidup berteraskan kesihatan, kemudahan ala resort di Jernih Residence direka untuk menggalakkan aktiviti luar santai dan rehat penduduk, sesuai untuk istirehat keluarga dan individu.

Antara kemudahan yang akan ditawarkan termasuk kolam infiniti sepanjang 30 meter, kolam dan gelongsor renang kanak-kanak, jakuzi luar, taman herba dan kawasan permainan luar. Aras 1 dan 2 juga akan memiliki 41 unit runcit dengan keluasan bersih yang boleh disewa 42,609 kaki persegi.

Reka bentuknya berdasarkan Reka Bentuk dan Seni Bina Pembangunan Sunway (SDDA) yang diasaskan menerusi tonggak Kelestarian, Inovasi, Kesihatan dan Kesejahteraan serta Gaya Hidup dan Pengalaman Baharu, menyaksikan Jernih Residence bakal menampilkan reka bentuk mesra alam yang mampan seperti cekap tenaga dan air; laluan dan lif mesra warga emas, kanak-kanak dan pengguna kerusi roda; teknologi digital bersepadu menerusi aplikasi telefon bimbit Sunway Property; ruang optimum; kemudahan gaya resort seperti astaka riadah dan kolam infiniti; keterhubungan terbaik (jalan berjalan kaki ke stesen MRT); kemudahan tempat makan dan beli-belah; serta sistem keselamatan 3-peringkat.

Projek pembangunan itu mudah diakses menerusi beberapa lebuh raya utama seperti Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang, Lebuhraya Kajang-Seremban, serta terletak hanya dua stesen dari Stesen KTM Kajang menuju ke UKM, Bangi dan Seremban.

Penduduk juga dikelilingi pelbagai kemudahan yang berdekatan termasuk Hospital Pakar KPJ Kajang (300 meter), Lotus's Kajang (500 meter), Plaza Metro Kajang (1.3 kilometer), SJK dan SMJK (C) Yu Hua (1.8 kilometer), pasar Kajang (1.8 kilometer), Metro Point Kajang (2 kilometer) and New Era University (2.2 kilometer).

Pembangunan yang mendapat perakuan GreenRE, diiktiraf menerusi ketersambungannya, kualiti udara dalaman, penjimatan air dan tenaga yang menjadi sebagai sebahagian daripada reka bentuk dan binaannya. Manfaat kepada penduduk termasuk penjimatan dalam penyelenggaraan dan utiliti jangka panjang yang lebih baik tanpa menjejaskan kualiti, selain berpotensi dalam kenaikan nilai modal.

Setakat ini, Sunway Property telah menerima 10,000 pendaftaran bagi projek terbabit.

Pembeli baharu Jernih Residence boleh menikmati tawaran Kempen Sunway Signature Series 2022 yang akan berakhir pada 31 Julai 2022, dan akan didaftarkan secara automatik sebagai ahli Program Sunway Property Pals+ yang baru dilancarkan.

Berita Harian X