Khamis, 24 September 2020 | 8:25pm
Pengerusi Coneff Corporation Sdn Bhd, Datuk Nik Ismail Nik Yusoff (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Coneff Corporation Sdn Bhd, Edmund Fong, Pengurus Projek Teng Yue Overseas Construction Sdn Bhd, Xu Fu Shun dan Penyelia Teknikal Teng Yue Overseas Construction Sdn Bhd, Zeng Xian Bin (kanan) menunjukkan projek pembangunan kediaman kondominium D'Idaman Desa Tasik ketika sidang media di Sungai Besi, Kuala Lumpur. - NSTP/Aizuddin Saad

Country Garden Group kontraktor utama D'Idaman

KUALA LUMPUR: Coneff Corporation Sdn Bhd, pemaju hartanah tempatan melantik Country Garden Group menerusi anak syarikatnya, Teng Yue Overseas Construction Sdn Bhd (TYOC) sebagai kontraktor utama bagi pembangunan pangsapuri perkhidmatan dikenali D'Idaman di perbandaran Desa Tasik.

Pembangunan pangsapuri perkhidmatan itu adalah antara pembangunan fasa terakhir Desa Tasik, projek perbandaran usaha sama antara Coneff Corporation dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak 1989, yang mentransformasikan Kampong Selamat di Sungei Besi kepada perbandaran moden bercampur.

Replika projek pembangunan kediaman kondominium D'Idaman Desa Tasik yang dibangunkan oleh Coneff Corporation bersama Teng Yue Overseas Construction Sdn Bhd ketika sidang media di Sungai Besi, Kuala Lumpur. - NSTP/Aizuddin Saad

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Coneff Corporation, Edmund Fong, berkata pihaknya melantik TYOC untuk membangunkan D'Idaman adalah berdasarkan kepada rekod prestasi mereka dalam pembangunan projek Forest City dan Country Gardens Danga Bay di Johor Bahru.

Beliau berkata, Country Garden Group adalah antara syarikat pemaju pembangunan terbesar di China dan tergolong antara tiga syarikat hartanah terbaik di dunia.

Justeru, katanya, dengan kepakaran yang dimiliki anak syarikat terkemuka China itu akan menyempurnakan pembangunan fasa terakhir Desa Tasik mengikut jadual dengan sasaran siap menjelang Ogos 2022.

"Pembangunan D'Idaman membabitkan nilai pembangunan kasar RM490 juta," katanya pada sidang media mengumumkan perlantikan TYOC sebagai kontraktor utama projek D'Idaman.

Replika projek pembangunan kediaman kondominium D'Idaman Desa Tasik yang dibangunkan oleh Coneff Corporation bersama Teng Yue Overseas Construction Sdn Bhd ketika sidang media di Sungai Besi, Kuala Lumpur. - NSTP/Aizuddin Saad
Replika projek pembangunan kediaman kondominium D'Idaman Desa Tasik yang dibangunkan oleh Coneff Corporation bersama Teng Yue Overseas Construction Sdn Bhd ketika sidang media di Sungai Besi, Kuala Lumpur. - NSTP/Aizuddin Saad

Sementara itu, Pengerusi Coneff Corporation, Datuk Paduka Nik Ismail Nik Yusoff, berkata perlantikan TOYC selaku kontraktor utama pembangunan D'Idaman adalah satu pencapaian yang membanggakan di bawah pimpinan pengurusan Fong, yang mengambil alih jawatan CEO pada Januari lalu.

Beliau berkata, pasukan pengurusan semasa syarikat telah mempertingkatkan tahap kecekapan pengurusan, memperkukuhkan kawalan pengurusan dan memacu peningkatan tahap operasi merangkumi semua bahagian termasuk pengurusan projek, jualan dan pemasaran.

"Kesemua usaha ini akan menguntungkan semua pihak berkepentingan, terutamanya kepada pelanggan kami dan rakan kongsi kami," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar TYOC, Li Dabin dalam perutusannya secara virtual, berkata projek D'Idaman adalah projek pertama anak syarikat Country Garden Group itu di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, dengan rekod kejayaan syarikat itu di Johor, pihaknya yakin dan ia adalah masa yang tepat untuk meneroka peluang di Kuala Lumpur.

"Kami mempunyai pengalaman lebih enam tahun dalam pasaran Malaysia, terutama membangunkan Forest City dan Danga Bay di Johor. Dengan rekod kejayaan kami di Johor, kami yakin adalah masa sesuai menerokai Kuala Lumpur," katanya.

Projek D'Idaman merangkumi pembangunan 790 unit pangsapuri perkhidmatan dua bilik dan tiga bilik pada harga bermula dari RM412,000 hingga RM764,000 serta menawarkan 86,000 kaki persegi ruang perniagaan.

Berita Harian X