Khamis, 6 Ogos 2020 | 3:11pm
Summit Park di Southville City
Summit Park di Southville City
MERCEARIA Grocer di Southville City
MERCEARIA Grocer di Southville City

Summit Park, MERCEARIA Grocer dibuka di Southville City

KUALA LUMPUR: Mah Sing Group Bhd terus menyediakan lebih banyak kemudahan di perbandaran terbesar Lembah Klang, Southville City, menerusi pembukaan rasmi Summit Park dan peruncit tempatan, MERCEARIA Grocer.

Ketua Pegawai Eksekutif Mah Sing, Datuk Ho Hon Sang, berkata pembukaan rasmi Summit Park kepada orang awam, terutama penduduk perbandaran Southville City akan membolehkan komuniti menikmati suasana hijau ditawarkan taman itu dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat.

Katanya, taman itu mempunyai ruang pelbagai guna dan sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti kesihatan, cabaran dan paling penting mengukuhkan hubungan dalam komuniti.

"Memandangkan keselamatan adalah komponen penting semasa mereka bentuk taman ini, kami berbangga mencapai standard ditetapkan oleh Playground Safety Standard of Malaysia (PSAM)," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, peruncit tempatan MERCEARIA Grocer, terletak di Savanna Boulevard Shops, Southville City @ KL South.

Ia mengisi tujuh ruang runcit merangkumi 9,255 kaki persegi, bagi memberikan keselasaan dan meningkatkan kualiti hidup komuniti.

Southville City terletak di atas tanah pegangan bebas 428 ekar dengan rancangan pembangunan antara lapan hingga 10 tahun akan datang bagi menempatkan kira-kira 69,000 penduduk sebaik disiapkan.

Berita Harian X