X
Jumaat, 28 Februari 2020 | 6:39am

Rencana Royale, hartanah berpegangan bebas di kawasan berprestij TTDI

MEMILIKI kediaman yang selesa dan cantik menjadi idaman ramai dan sudah pasti hasrat itu ingin dijadikan realiti.

Lebih-lebih lagi, bagi anda yang sudah terlalu lama menyewa rumah, kini tiba masanya untuk anda memiliki rumah sendiri.

Bagaimanapun, untuk mencari rumah atau hartanah yang sesuai, anda perlu berhati-hati dan pastinya, beberapa faktor akan diambilkira kerana ia adalah satu pelaburan besar.

Antara faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan untuk membeli kediaman atau hartanah, adalah termasuk lokasi, harga dan juga pakej yang ada.

Dengan lokasi yang ideal dan strategik, mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk memiliki rumah kediaman atau hartanah Rencana Royale.

Terletak di perbandaran Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang megah, Rencana Royale oleh CK East Group dijangka menjadi sebuah pembangunan penting di kawasan itu.

Projek pegangan bebas bersepadu ini yang telah meraih beberapa anugerah, merangkumi ruang kediaman, ruang korporat dan blok niaga.

Rencana Royale adalah sebuah bangunan 13 tingkat yang berkepadatan rendah dengan 622 unit kediaman. Unit kediaman itu terbahagi kepada Corporate Suites “In The Sky”, Garden Suites, Deluxe Suites & Duplex, dan Executive Suites.

Executive Suites mempunyai dua rekaan susur atur; studio dan dupleks. Binaan Executive Suites studio seluas 472 kaki persegi sementara Executive Suites dupleks menawarkan saiz sebesar 875 kaki persegi.

Deluxe Suites pula ditawarkan dengan keluasan 1,109 kaki persegi. Bagi pembeli yang menginginkan keistimewaan dari segi ruang, maka bolehlah memilih unit dupleks yang berkisar antara 1,830 kaki persegi hingga 1,841 kaki persegi.

Begitu juga bagi syarikat yang ingin menduduki alamat perdana dan pejabat berprestij, Corporate Suites “In the Sky” Rencana Royale adalah pilihan tepat. Ia mengambil ruang sebanyak tiga tingkat merangkumi keluasan sebesar 5,425 kaki persegi.

Banyak kemudahan dan kelengkapan disediakan, sekali gus memenuhi faktor pakej menarik yang perlu anda pertimbangkan untuk memiliki kediaman atau hartanah di kawasan strategik ini.

Antaranya, Rencana Royale menawarkan kemudahan untuk residen seperti kedai lot komersial di tingkat bawah yang menyokong kemudahan komuniti dan pemilik Rencana Royale, di samping Coffee House dan juga pusat senaman bermutu tinggi yang dilengkapi dengan spa serta kolam infiniti.

Dengan adanya kemudahan seumpama itu, pasti menyeronokkan untuk anda bersantai bersama dengan yang tersayang dan rakan taulan di waktu lapang atau pada bila-bila masa anda ingin menikmatinya.

Di dalam bangunan ini juga terdapat kawasan barbeku terbuka, taman umum, dewan serbaguna dan bilik pawagam.

Yang pasti, dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan disediakan, anda tidak perlu lagi keluar jauh atau meredah kesibukan bandar.

Bukan sahaja anda dapat menjimatkan banyak masa tetapi boleh mengelakkan anda berdepan dengan tekanan kerana terpaksa memandu dalam keadaan jalan raya yang sibuk dan sesak.

Lebih menarik, Rencana Royale dibina berhampiran Jalan Datuk Sulaiman, TTDI yang turut menawarkan pelbagai kemudahan.

Aksesibiliti juga mudah dan boleh menghubungi lebuh raya utama seperti SPRINT, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Penchala Link.

Kawasan ini juga menyenangkan aktiviti membeli-belah kerana terletak berhampiran dengan destinasi beli-belah seperti 1Utama, IKEA, The Curve , Publika, Mont Kiara dan banyak lagi.

Di samping itu, perkhidmatan bas ulang-alik boleh didapati dari pusat perniagaan Datuk Sulaiman yang berdekatan dengan stesen Mass Rapid Transit TTDI.

Sejak dilancarkan, Rencana Royale sudah meraih dua anugerah dari Property Insight, iaitu anugerah Best Leisure Living Development dan Best Hybrid Development & Best Commercial Decvelopment di acara anugerah Property Insight Prestigious Developer Awards pada tahun 2016 dan iProperty Development Awards 2017.

Royale Rencana begitu mengujakan dan yang jelas, ia adalah kediaman atau hartanah yang anda mesti miliki bagi tahun 2020.

Anda pasti akan berasa bangga dapat mendiami kawasan yang menjadi ikon terkini TTDI.

Justeru, jangan berlengah memilikinya kerana barangkali, ini adalah peluang terakhir anda untuk memiliki hartanah hak milik bebas dengan tawaran dan pilihan terbaik.

Tawaran hebat ini tidak akan merugikan dan mengecewakan anda.

Ia hanya eksklusif untuk orang Melayu dengan tawaran paling berpatutan dan di lokasi yang terbaik.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi, 03 77221688/0102559058 atau kunjungi laman web www.ckeast.com atau www.rencanaroyale.my.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X