Khamis, 4 Julai 2019 | 6:26pm
Dari kiri, Pengarah Operasi dan Strategi Mah Sing, Lionel Leong; Pengarah Operasi dan Strategi Mah Sing, Rachel Leong dan Pengasas Bersama Fave, Chen Chow Yeoh menunjukkan cara pembayaran tanpa tunai untuk yuran tempahan dengan FavePay.
Dari kiri, Pengarah Operasi dan Strategi Mah Sing, Lionel Leong; Pengarah Operasi dan Strategi Mah Sing, Rachel Leong dan Pengasas Bersama Fave, Chen Chow Yeoh menunjukkan cara pembayaran tanpa tunai untuk yuran tempahan dengan FavePay.

Bayar deposit dengan FavePay

PEMAJU hartanah terkemuka, Mah Sing Group Bhd (Mah Sing) dan platform pembayaran digital terkemuka, Fave bekerjasama menawarkan pembeli rumah untuk membayar yuran tempahan mereka tanpa tunai dengan FavePay, pada masa sama, menerima mata ganjaran AirBIG AirAsia.

Kerjasama Mah Sing dengan Fave itu akan memberi kemudahan kepada pembeli rumah untuk membayar deposit mereka bagi projek terpilih di seluruh Malaysia dengan aplikasi mudah alih Fave.

Pengarah Strategi dan Operasi Kumpulan Mah Sing, Lionel Leong, berkata kerjasama ini sejajar dengan inisiatif digitalnya bermula daripada pemasaran dan jualan, pengurusan pembinaan dan jaminan kualiti serta pengalaman pelanggan dalam pengurusan harta.

“Teknologi mempengaruhi hampir setiap aspek kelakuan pengguna dan tabiat pembelian. Rakyat Malaysia kini mempunyai kesedaran pengguna tertinggi di rantau ini, dengan kadar penggunaan telefon pintar yang tinggi dan penggunaan data mudah alih yang membawa kepada permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian tanpa tunai.

“Kerjasama dengan Fave adalah satu lagi langkah dalam memacu inovasi digital Mah Sing untuk memenuhi tuntutan pengguna yang berubah-ubah,” katanya.

Pembeli rumah Mah Sing

Sementara itu, pengasas bersama, Chen Chow Yeoh, berkata misi syarikat adalah membantu perniagaan berkembang menerusi digitalisasi.

“Dengan kerjasama ini, rakyat Malaysia bukan sahaja boleh menggunakan Fave di restoran atau membeli barang, malah kini membayar deposit rumah dengan hanya mengimbas kod QR dan menerima ganjaran,” katanya.

Pembeli rumah Mah Sing yang menghubungkan mata ganjaran AirAsia BIG dengan aplikasi Fave akan mendapat satu mata BIG Point untuk setiap perbelanjaan RM1.

Pembeli juga berpeluang memenangi satu daripada lima tiket penerbangan ke Krabi yang ditaja oleh AirAsia BIG.

Projek yang mengambil bahagian adalah M Centura, Sentul; Sensory Residence @Southville City, KL Selatan; Cerrado@Southville City; Savana Executive Suites@Southville City, KL Selatan; Kedai Savanna Lifestyle dan Boulevard@Southville City; M Vista, Pulau Pinang; Southbay Plaza, Pulau Pinang; The Loaf @ Southbay City dan Feringgi Residence 2C di Pulau Pinang.

Berita Harian X