Jumaat, 7 April 2017 | 8:08am

Johor Bahru kuasa ekonomi akan datang

PELAN One Bukit Senyum. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
PELAN One Bukit Senyum. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

PERANGKAAN rasmi kerajaan menunjukkan Iskandar Malaysia masih kekal sebagai koridor ekonomi paling berjaya daripada lima koridor ekonomi di Malaysia.

Menurut data Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Iskandar Malaysia terus menyaksikan rekod pelaburan dengan jumlah pelaburan terkumpul RM202.45 bilion daripada 2006 hingga Mac 2017.

Antara sektor yang dipromosikan, sektor pembuatan merekodkan komitmen pelaburan terkumpul tertinggi pada RM54.26 bilion.

Ia termasuk pelaburan daripada sektor elektrik dan elektronik, petrokimia dan oleo-kimia serta pemprosesan makanan dan pertanian.

Ia diikuti pelaburan dalam sektor logistik (RM6.03 bilion), pelancongan (RM6.03 bilion), penjagaan kesihatan (RM2.77 bilion), pendidikan (RM1.97 bilion), perkhidmatan kewangan RM1.47 bilion dan industri kreatif (RM560 juta).

Dalam sektor yang tidak dipromosi, segmen hartanah kediaman, peruncitan dan perindustrian secara terkumpul menyumbang kepada pelaburan berjumlah RM94 bilion.

Ia diikuti sektor utiliti (RM12.96 bilion), pelaburan kerajaan, khususnya infrastruktur dan kerja awam (RM9.83 bilion) dan teknologi sedang pesat berkembang (RM2.85 bilion).

Daripada RM202.45 bilion, 51 peratus atau RM103.5 bilion mewakili pelaburan yang sudah direalisasikan.

Lima negara dengan komitmen pelaburan terkumpul tertinggi ke Iskandar Malaysia dari 2006 hingga Mac 2016 adalah China, Singapura, Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Sepanyol.

Zon ekonomi khas itu, tahun lalu meneruskan momentumnya menuju ke hadapan, apabila memperkenalkan pelan induk pelbagai guna, One Bukit Senyum.

Berikutan itu adalah salah satu fakta yang perlu anda tahu mengenai One Bukit Senyum.

Ia dibangunkan oleh Astaka Holdings Limited, yang disenaraikan di Bursa Saham Singapura.

Syarikat itu diketuai oleh pengasas dan pemegang saham utamanya, Datuk Daing A Malek Daing A Rahaman serta Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Eksekutif, Datuk Zamani Kasim.

Tahun lalu, Astaka memenangi kategori Pembangunan Kondominium Mewah Terbaik (Malaysia) pada Anugerah Hartanah Asia Tenggara (Malaysia) 2015.

Ia salah satu anugerah berprestij yang disokong oleh sekumpulan panel hakim terbaik.

Bagi memastikan tiada konflik kepentingan dan adil, anugerah itu diaudit oleh BDO, salah satu firma audit terbesar di dunia.

One Bukit Senyum secara jelas menghantar isyarat kepada pe

merhati pasaran, bahawa terdapat banyak peluang yang boleh direbut ketika pasaran hartanah yang perlahan.

Berita Harian X