Jumaat, 23 September 2022 | 7:08pm
Model hatchback Volkswagen miliki kuasa luar biasa.
Model hatchback Volkswagen miliki kuasa luar biasa.
Model hatchback Volkswagen miliki kuasa luar biasa.
Model hatchback Volkswagen miliki kuasa luar biasa.
Model hatchback Volkswagen miliki kuasa luar biasa.
Model hatchback Volkswagen miliki kuasa luar biasa.
Model hatchback Volkswagen miliki kuasa luar biasa.
Model hatchback Volkswagen miliki kuasa luar biasa.
Model hatchback Volkswagen miliki kuasa luar biasa.
Model hatchback Volkswagen miliki kuasa luar biasa.

Golf R, 'demo tak kenal bare'

Memandu uji hatchback berprestasi tinggi seperti Volkswagen Golf R tidak hanya memberi kepuasan jitu, malah membolehkan penulis menikmati 'saat manis' ketika memerah keringat kuasa yang dimiliki model terbaik dalam kelasnya.

Model progresif serba baharu yang dilancarkan Februari lalu ini telah mencipta dan memecahkan banyak rekod di seluruh dunia.

Tarikan yang dimiliki tidak kira ketika ia berada di atas jalan raya dan litar cukup kuat, selain memiliki aura padu yang pasti membuatkan ramai terpesona.

Disifatkan sebagai sebuah model yang paling serba boleh di pasaran, generasi baharu Golf R ini sebenarnya lebih menyerlah kerana ia jauh lebih berprestasi berbanding model terdahulu.

Menurut Volkswagen, Golf R adalah model R yang paling berkuasa setakat ini.

Apa tidaknya, menawarkan kuasa mencecah 320PS dan tork 400Nm daripada enjin turbo 2.0TSI terkini yang dipadankan bersama kotak gear DSG 7-kelajuan, ia sememangnya menjanjikan prestasi hebat buat mereka yang mahukan yang terbaik.

Lebih menarik, prestasi pemanduannya dibawa ke satu tahap baharu menerusi sistem pacuan semua roda 4MOTION dengan ciri Performance Torque Vectoring.

Menurut Volkswagen, sistem pintar dan inovatif ini membolehkan kuasa diagihkan bukan sahaja di antara gandar hadapan dan belakang, malah secara selektif di antara roda belakang yang mana secara langsung dapat meningkatkan kelincahan Golf R dengan signifikan, terutama ketika mengambil selekoh.

Difahamkan, Golf R menjadi model pertama Volkswagen yang dipasang dengan sistem ini.

Tidak cukup setakat itu, Sistem Vehicle Dynamics Manager pada Golf R disepadukan dengan sistem lain seperti electronic differential locks (XDS), dynamic chassis control (DCC) dan stereng yang progresif untuk memberikan cengkaman optimum serta pengendalian terbaik dengan tahap ketepatan luar biasa.

Pendek kata, ketika mengambil selekoh pada kelajuan yang tinggi pun penulis tidak berasa goyah atau teragak-agak, malah tahap keyakinan juga kekal tinggi semasa memandu Golf R.

Meskipun menawarkan kemampuan luar biasa dari aspek prestasi, tahap kecekapan bahan api juga menakjubkan.

Sepanjang tempoh pandu uji, penulis menjelajah lebih 600 kilometer (km) dengan hanya berbekalkan setangki penuh petrol.

Lebih menyerlah

Dari aspek luaran, Golf R memiliki reka bentuk serba baharu sporty yang dilihat dapat menyembunyikan prestasi sebenarnya.

Selain emblem R, karekteristik Golf R yang lain menjadikannya lebih tersendiri seperti rekaan bampar dan corong pengambilan udara, peresap udara yang baharu yang dipadankan bersama sepasang ekzos pada bahagian kiri dan kanannya.

Malah, rim aloi Adelaide bersaiz 19 inci melengkapkan lagi profil rugged hot hatch ini.

Warna biru yang menjadi signatur pada model Golf R ini diserlahkan pada angkup brek dan jalur berwarna biru pada bahagian hadapan jentera ini.

Iluminasi jalur lampu juga merupakan satu signatur Volkswagen. Satu lagi ciri unik ialah pancaran logo R apabila pintu pemandu dibuka dan ditutup.

Menjengah ke dalam kabin, ruang dalaman model ini mencetuskan elemen sporty dan mewah melalui kemasan khas R dalam bentuk Carbon Grey.

Ia juga mempunyai tempat duduk hadapan sports premium yang dibalut kulit Nappa dan logo R pada perehat kepala.

Ia dilengkapkan lagi dengan ciri kawalan suhu aktif. Pemandu juga boleh mengubah suai posisi tempat duduk dan sokongan lumbar secara elektrik.

Inovasi lain hadir dalam bentuk stereng sports pelbagai fungsi di mana ia mempunyai butang R dengan lampu latar berwarna biru yang mengaktifkan mod 'Race' secara serta-merta apabila ditekan. Satu lagi ciri istimewa ialah paddle shifter yang lebih besar untuk pengalaman menukar gear dengan lebih baik.

Selain itu, Kokpit Digital bersaiz 10 inci termaju turut hadir bersama pelbagai bentuk ubah suai, termasuklah R-View yang direka secara eksklusif dan lebih menarik, ia hanya ada pada model ini sahaja.

Paparan auxiliary yang ada padanya pasti disukai oleh peminat sukan bermotor kerana ia menawarkan data-data seperti output, kuasa, agihan tork, tekanan caj, lap timer dan G-meter yang boleh dilihat pada masa sebenar.

Prestij model R dapat dilihat pada ruang dalamannya melalui penawaran ciri premium iaitu sistem audio Harman Kardon bersama 10 unit pembesar suara. Sistem berkenaan menawarkan kualiti akustik yang terbaik untuk pengalaman audio yang mengasyikkan.

Dari segi ketersambungan, Golf R hadir dengan Sistem Infotainment Digital bersaiz 10 inci yang menawarkan ketersambungan mudah dengan navigasi binaan dalam, serta ciri Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Terdapat 30 pilihan warna lampu ambien dan pendingin hawa 3-zon Climatronic untuk memberi keselesaan maksimum.

Menyentuh aspek keselamatan Golf R, ia dilengkapi ciri utama seperti enam beg udara, bantuan sisi dengan amaran lintasan trafik belakang, kamera undur, sistem brek pasca pelanggaran automatik, sistem amaran pemandu, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Maklum Balas Kemalangan Pintar (ICRS), Brek Parkir Elektronik (EPB), sistem penggera anti-kecurian, sistem perlindungan penumpang proaktif dan banyak lagi.

Golf R ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Lapiz Blue (biru), serta Deep Black (hitam) dan Pure White (putih).

Model import sepenuhnya (CBU) ini ditawarkan pada harga bermula RM389,990. Jika anda peminat tegar Golf R, tanda harga yang ditetapkan ini tentu bukan masalah untuk memiliki jentera hatchback sempurna tahun ini.

Volkswagen Golf R tidak hanya padu dari aspek kuasa, malah memiliki karakter menonjol sebagai hot hatch terbaik tahun ini.Model hatchback berprestasi tinggi Volkswagen ini menyembunyikan kuasanya di sebalik penampilan sporty yang agak 'sopan'.
Berita Harian X