Jumaat, 23 September 2022 | 7:04pm
Ditawarkan pada harga RM172,990, model ini melengkapkan pengenalan tiga model Tiguan Allspace di Malaysia.

Vokswagen Tiguan Allspace lebih 'hidup'

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan Tiguan Allspace Life baharu, kenderaan utiliti sukan (SUV) terkini yang menyertai barisan model tawarannya.

Ditawarkan pada harga RM172,990, model ini melengkapkan pengenalan tiga model Tiguan Allspace di Malaysia.

Sebagai sebuah model asas dalam siri SUV berkenaan, Life padat dengan ciri yang menjadikannya sebuah SUV moden.

Kelebihannya sebagai jentera dengan ruang dalaman luas tidak berubah.

Ia tetap hadir bersama konfigurasi tujuh tempat duduk dan mampu menawarkan ruang but sehingga 1,775 liter yang mendahului kelasnya.

Secara visualnya, Life berkongsi rekaan yang tajam dan dinamik seperti varian lain termasuklah gril hadapan dengan jalur lampu di antara lampu utama LED yang menjadi rekaan signatur Volkswagen.

Elemen lain termasuklah kemasan 'Allspace', perumah cermin sisi berwarna perak, perkataan 'Tiguan' di bahagian belakang dan rim aloi Frankfurt bersaiz 18 inci.

Pelanggan boleh mengharapkan ruang dalaman Life yang mewah dan penuh fungsi, sama seperti model Volkswagen lain.

Antara ciri standard ialah sistem infohibur Discover Pro bersaiz 9.2 inci dengan ketersambungan aplikasi tanpa wayar, sistem navigasi, kawalan suara, pendingin hawa Climatronic 3 zon dan stereng sport multi-fungsi dibalut kulit.

Life dikuasakan oleh enjin turbo 1.4TSI berkuasa 150PS dan tork 250Nm yang dipadankan dengan kotak gear DSG 6-kelajuan. Gabungan itu menjanjikan pengalaman pemanduan yang mengujakan serta penjimatan bahan api sekitar 7.7l/100km.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter, berkata Tiguan Allspace memainkan peranan penting dalam portfolio kami.

"Jadi, kami berbesar hati untuk menawarkan rangkaian penuhnya ke Malaysia. Dengan Life, kami menawarkan sebuah SUV berprestasi tinggi yang akan memberikan nilai terbaik kepada pelanggan. Ia juga boleh menjadi pilihan ideal untuk keluarga muda yang ingin membeli kenderaan mereka," katanya.

Volkswagen Tiguan Allspace Life lengkapkan barisan keluarga Tiguan di pasaran Malaysia.
Berita Harian X