Rabu, 22 Disember 2021 | 11:35am
Gambar hiasan
Gambar hiasan

Banjir: Mercedes-Benz tawar diskaun baik pulih kereta

KUALA LUMPUR: Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan program sokongan banjir bagi membantu semua pelanggannya yang terjejas akibat banjir baru-baru ini di seluruh negara.

Sah sehingga 31 Januari 2022, pengeluar kereta premium itu menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi pembaikan semua bahagian, tunda kenderaan percuma oleh pengedar sah dan penilaian percuma bagi semua kos pembaikan yang diperlukan dengan pelan pembayaran mudah tanpa faedah sifar peratus.

"Keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami. Bersama rangkaian pengedar, kami komited untuk memastikan pelanggan dan kereta Mercedes-Benz mereka mendapat penjagaan yang diperlukan ketika tempoh yang tidak pernah berlaku sebelum ini," kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Sagree Sardien.

Pemilik Mercedes-Benz yang terjejas boleh menghubungi pengedar Mercedes-Benz sah pilihan atau Mercedes-Benz Bantuan Tepi Jalan 24 Jam dan Pusat Khidmat Pelanggan di 1-800-88-1133.

Berita Harian X