Selasa, 14 Disember 2021 | 4:30pm
Reka bentuk baharu yang lebih menonjol Honda Civic serba baharu bakal ‘meletupkan’ segmen kereta penumpang khususnya sedan.
Reka bentuk baharu yang lebih menonjol Honda Civic serba baharu bakal ‘meletupkan’ segmen kereta penumpang khususnya sedan.

Kelainan luar biasa Honda Civic serba baharu

BAKAL dilancarkan pada suku pertama tahun depan, Honda Civic 2022 serba baru hadir dengan pelbagai kelainan dari aspek reka bentuk dan penampilan.

Model generasi ke-11 yang bakal mencetuskan fenomena baharu dan meneruskan legasi Civic ini kelihatan lebih garang, apatah lagi ia tampil dengan varian RS, pertama kali bagi model terbabit.

Dalam prebiu media di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Isnin, pengamal media 'dihidangkan' dengan varian RS yang mana lebih progresif dan menawarkan reka bentuk yang sangat menarik.

Honda Civic RS serba baharu tampil dengan penggayaan sporty yang lebih terserlah dengan perumah cermin sisi hitam, antena sirip jerung, pemegang pintu luaran, spoiler belakang baru dan rim aloi hitam matt 18-inci.

Ia juga lengkap dengan lampu utama LED serta DRL LED rekaan baru, dan DNA penggayaan ini terserlah juga di bahagian belakang melalui lampu belakang kombinasi LED yang digunakan.

Dengan ukuran 4,678 milimeter (mm) panjang, 1,802 mm lebar, 1,415 mm tinggi dan 2,735 mm jarak antara roda, Honda Civic serba baru ini lebih besar serta lebar dengan lanjutan jejak belakangnya untuk memberikan kedudukan lebih rendah sekali gus meningkatkan kestabilannya.

Banyak pembaharuan

Pertama kali untuk Honda Civic, ia menggunakan teknologi Lazer Brazing, dengan matlamat memberikan garis bumbung yang lebih halus serta kerangka badan yang lebih kukuh.

Untuk pasaran Malaysia, model serba baharu ini akan menggunakan enjin 1.5L VTEC pengecas turbo yang dipertingkat untuk memberikan lebih banyak kuasa pecutan dan prestasi pemanduan keseluruhannya.

Model generasi ke-11 bakal mencetuskan fenomena baharu pasaran sedan Malaysia.
Model generasi ke-11 bakal mencetuskan fenomena baharu pasaran sedan Malaysia.

Kelainan luar biasa Honda Civic serba baharu.
Kelainan luar biasa Honda Civic serba baharu.

Prebiu media di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Prebiu media di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Bakal dilancarkan pada suku pertama tahun depan.
Bakal dilancarkan pada suku pertama tahun depan.

Trenkuasa yang digunakan model progresif ini mampu menghasilkan kuasa 182 PS dan tork 240 Nm.

Honda Civic serba baru ini juga hadir dengan mod pemanduan baru — ECON, Normal dan Sport yang boleh mudah ditukar menerusi suis mod pemanduan yang disediakan.

Model yang kini dibuka untuk tempahan bagi pelanggan di Malaysia ini bakal hadir dengan pakej keselamatan penuh Honda SENSING membabitkan Lead Car Departure Notification System; Adaptive Cruise Control (ACC); Low-Speed Follow (LSF); Collision Mitigation Braking System (CMBS); Forward Collision Warning (FCW); Lane Keep Assist System (LKAS); Road Departure Mitigation (RDM); Lane Departure Warning (LDW); dan Auto High Beam (AHB).

Sebagai tambahan, untuk varian Honda Civic RS ia didatangkan dengan ciri seperti Honda LaneWatch, enam beg udara, kawalan kestabilan kenderaan (VSA), bantuan pemanduan tangkas (AHA), lampu isyarat berhenti kecemasan (ESS), sistem brek anti-kunci (ABS), agihan daya brek elektronik (EBD), Brake Hold automatik (ABH), bantuan mula mendaki (HSA), kunci automatik jarak jauh, penghidup enjin jarak jauh serta satu ciri keselamatan baru untuk Civic, peninjau tumpuan pemandu.

Honda Civic 2022 serba baru hadir dengan pelbagai kelainan dari aspek reka bentuk dan penampilan.
Honda Civic 2022 serba baru hadir dengan pelbagai kelainan dari aspek reka bentuk dan penampilan.

Prebiu media di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Prebiu media di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Reka bentuk baharu yang lebih menonjol Honda Civic serba baharu bakal ‘meletupkan’ segmen kereta penumpang khususnya sedan.
Reka bentuk baharu yang lebih menonjol Honda Civic serba baharu bakal ‘meletupkan’ segmen kereta penumpang khususnya sedan.

Honda Civic serba baharu juga lengkap dengan lampu utama LED serta DRL LED rekaan baru.
Honda Civic serba baharu juga lengkap dengan lampu utama LED serta DRL LED rekaan baru.

Berita Harian X